Oleh : SHAIMON S JUMADI
NAIB Presiden Liberal Demokratik Parti (LDP) Datuk Lim Ming Ho (gambar) menyokong sepenuhnya cadangan Presiden LDP Datuk Liew
Vui Keong yang membentangkan usul yang dibahaskan semasa Perhimpunan Agung LDP
yang diadakan baru-baru ini mengenai
Pengiktirafan Sijil Pelajaran Sekolah Cina Persendirian (SPSCP).
Dalam pembentangan usul
tersebut kata Lim, Datuk VK Liew sebagai Presiden Parti LDP merayu kepada
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak supaya mengambil tindakan
sewajarnya bagi mengiktirakan Sijil Pelajaran Sekolah Cina Persendirian di
Negara ini.
“Banyak kebaikannya jika
pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mengiktirafkan sijil pembelajaran di sekolah-sekolah cina
persendirian. Contohnya pelajar kaum
Cina di Negara ini, khususnya mereka yang berkhidmat degan kerajaan dengan secara langsung boleh membantu
meningkatkan taraf sosioekonomi Negara;
sejajar dengan konsep 1Malaysia seperti yang dilaung-laungkan oleh Perdana
Menteri kita," ujar Lim.
Tegas Lim, kesempatan ini
diambil bagi mewujudkan kerjasama antara pihak Sekolah Cina Persendirian dalam negara
ini dengan pihak universiti-universiti di negara China.
Lim menambah, sekiranya
kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran
Malaysia telah mengiktraf sijil pembelajaran yang dikeluarkan oleh pihak sekolah
Cina persendirian di negara ini; selaras
dengan sijil-sijil yang dikeluarkan oleh pihak Kolej-Kolej tempatan yang sedia
ada; maka penuntut Cina tempatan yang tamat pengajian tinggi di pra universiti,
dapat meneruskan penganjian mereka ke
negara China.
Bagaimanpun Lim
megalu-alukan tindakan dan usaha murni kerajaan Barisan Nasional (BN) yang
begitu prihatin dalam aspek pembelajaran sehingga berjaya menyediakan Hub
Pelajaran yang terletak di Batu 10, Jalan Sungei Batang yang telah dilengkapi
dengan pelbagai kemudahan asas.
“Saya bagi pihak LDP dan
masyarakat cina keseluruhannya memohon jasa baik Perdana Menteri, Datuk Seri
Mohd Najib Tun Abdul Razak agar dapat mengumumkan pengiktirafan Sijil Peperiksaan
bagi sekolah-sekolah Cina persendirian di negeri ini dengan segera.
Kata Lim, beliau yakin
dengan cadangan sebegini yang dikemukakan kepada Perdana Menteri dan Menteri
Pelajaran Malaysia telah diterima oleh rakyat jelata demi kebaikan semua yang
cintakan kemajuan dalam aspek pembangunan infrastruktur, pendidikan dan
keamanan serta kemakmuran.
No comments:
Post a Comment