Saudara Pengarang,
DALAM masa terdekat ini, ada
lagi sekumpulan Ahli PBS seramai 500 orang yang diketuai oleh Ketua Pemuda
Bahagian PBS Sekong akan keluar daripada PBS.
Ketua pemuda ini sendiri
yang menghubungi saya dan menyatakan hasrat mereka kerana sudah tidak serasi
dengan Ahli Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Thau Tsen yang mereka labelkan
sebagai diktator dan rakus terhadap projek-projek di Batu Sapi.
Menurut mereka lagi,
rombongan ini sudah menghantar surat rasmi kepada Presiden PBS, Datuk Joseph Pairin
Kitingan supaya tidak mencalonkan Datin Linda di Parlimen Batu Sapi; namun
tuntutan mereka tidak diambil perhatian.
Apa yang mereka inginkan,
Presiden meletakkan Calon yang beragama Islam yang boleh mewakili mereka dan
senang untuk mereka berkomunikasi bukan seperti Datin Linda yang hanya tahu
berbahasa Inggeris.
Saya menghubungi Ketua
Bahagian PBS Sekong petang kelmarin untuk
membincangkan perkara ini; namun Boni enggan memberikan sebarang komen
kerana itu hak asasi mereka.
Namun Boni mengakui jika Presiden
PBS masih berkeras untuk meletakkan Datin Linda sebagai Calon Parlimen BN Batu
Sapi pada PRU-13 ini, maka BN akan tewas mengejut kerana masalah dalaman.
Salam Hormat,
ZAINUDDIN HASSAN
Timbalan Ketua Cabang PKR
Batu Sapi.
No comments:
Post a Comment