Thursday 17 January 2013

NOTA PERSIDANGAN RCI-ABDUL RAUF SANI






SESI Perbicaraan Pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah tahun 1992, Datuk Abdul Rauf B Sani. Berikut adalah sesi soal jawap di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini, 17 Januari 2013.

Soalan 1:  Adakah kad pengenalan dikeluarkan kepada rakyat asing merujuk kepada dokumen atau sokongan tertentu?

Jawapan 1:  Kad pengenalan dikeluarkan tanpa dokumen sokongan kerana apa bezanya mereka itu dengan penduduk di pedalaman Pensiangan dan di Ulu Moyog yang tanpa pengenalan diri.

Soalan 2: Adakah terdapat arahan atau peraturan yang membenarkan anda berbuat demikian.?

Jawapan 2: Saya menggunakan budi bicara sendiri.

Soalan 3: Siapa kah yang boleh menandatangani borang pengeluaran kad pengenalan?

Jawapan 3: Jawatan penolong pegawai dan ke atas.

Soalan 4: Apakah benar anda mengarahkan pegawai-pegawai JPN untuk bertemu di rumah no 8 kg Pandan, K Lumpur bagi tujuan memproses pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing?

Jawapan 4: Ya benar. Tetapi kad pengeluaran dikeluarkan tidak mengikut bangsa.

Soalan 5: Adakah Datuk bersetuju ada memberikan arahan dalam rumah tersebut?

Jawapan 5: Ya.

Soalan 6: Adakah datuk setuju bahawa tujuan pengeluaran IC ini adalah untuk meramaikan pengundi Islam

Jawapan 6: Ya.

Soalan 7: Seorang saksi telah menyatakan sebanyak 40,000 telah ditandatanganinya selama sebulan di tempat tersebut?

Jawapan 7: Saya tidak ingat berapa jumlahnya, mungkin 100,000 atau 200,000.

Soalan 8: Adakah Datuk setuju bahawa IC yang dikeluarkan adalah tanpa dokumen sokongan dan hanya berdasarkan kepada senarai pengundi SPR?

Jawapan 8: Setuju.

Soalan 9: Do you agreed that the exercise of issuing IC to muslim foreigner is to change the voting pattern?

Jawapan 9: Yes I agreed.

Soalan 10: Out of 60 seats, 35 seats are majority muslim seats, do you agree that the project achieved the goal?

Jawapan 10: Yes.
(Ehsan Media APS)

No comments:

Post a Comment