TIBA...Dato
Sri Nasir (tengah) diringi Pegawai Belia & Sukan, Marasun Hassin (belakang
tengah) tiba di jeti sempena majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan lawatan PDM
Pulau Mabul, Semporna.
Oleh : ARSHAD HUSSIN
SEMPORNA: Perjuangan
berterusan membela rakyat tidak akan pernah terhenti selagi masih ada rakyat
memerlukan bantuan dan kerajaan akan meneruskan program Tradisi Membela Rakyat,
Janji DiTepati melalui pelbagai pendekatan serta Ziarah Rakyat semata-mata
untuk mendengar sendiri keluhan dan nadi
rakyat di peringkat akar umbi.
Menteri Di Jabatan Ketua
Menteri, Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran, berkata kerajaan juga sentiasa mengutamakan
keselamatan rakyat dengan menempatkan pos kawalan pasukan keselamatan di
pulau-pulau bagi memastikan setiap kawasan pulau di perairan Negara bebas
daripada ancaman selain menyediakan masjid/surau; balairaya dan kemudahan persekolahan.
Nasir menjelaskan, kerajaan
tidak pernah meminggirkan rakyat dari arus pembangunan dan akan terus
memperjuangkan nasib rakyat tanpa mengira sukubangsa, anutan agama mahupun
fahaman politik.
Beliau berkata demikian
sempena lawatan ke pulau Mabul dalam program Pemimpin Bersama Rakyat &
Lawatan ke Pusat Daerah Mengundi Pulau
Mabul (PDMPM).
Turut serta dalam rombongan
itu Setiausaha Bahagian UMNO Semporna, Abd Rashid Mamun; Pemimpin UPKR Dun
Senallang, Haji Tahir Amir; Ketua Daerah Semporna, OKK Hj Musa Sabaani;
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, ADDO Abdullah Sukka; Pegawai Belia
& Sukan Neger (S), Marasun Hassim dan Pegawai Perhubungan DUN Senallang,
Haji Zainal Jalaludin.
PELANCONG...Dato
Sri Nasir (tiga kanan) diringi Haji Karino Jelani (dua kanan) berbual mesra
bersama tiga orang pelancong asing yang sedang bercuti di pulau Mabul,Semporna.
Nasir yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang, berkata apa yang penting segenap
lapisan rakyat hendaklah terus bersatu padu dan memberikan sokongan tidak
berbelah bahagi kepada kerajaan Barisan Nasional demi kesinambungan pembangunan berterusan serta kemajuan dan
kemakmuran Negara.
Katanya, rakyat seharusnya
bersyukur kerana Negara kita terpelihara dari pelbagai bencana alam dan rusuhan
kaum seperti di Negara-negara lain di dunia yang sentiasa bergolak akibat
ketidak kesepakatan dan mendengar hasutan anasir-anasir yang suka menyebar
propaganda untuk mengelirukan pemikiran rakyat.
Beliau menegaskan, rakyat
juga harus sentiasa merenung kebaikan yang sekian lama dibawah kerajaan Barisan
Nasional membela nasib rakyat termasuklah di pulau Mabul.
Sempena majlis itu nasir dan
rombongan diberikan taklimat ringkas mengenai perkembangan dan gerakan Pusat
daerah Mengundi Pulau Mabul oleh KPDM, Haji Karino Jelani.
Nasir yang juga Timbalan
Ketua Bahagian UMNO Semporna,meminta semua penduduk menunaikan tanggungjawab
sebagai warganegara turun mengundi apabila masa pilihanraya tiba serta tidak
mensia-siakan peluang mereka turut menentukan kerajaan yang bertanggungjawab
membela nasib rakyat.
“Janganlah memandang ringan
proses demokrasi melalui pilihanraya, tunaikanlah tanggungjawab serta
bersatupadu kita demi kemajuan
pembangunan berterusan, keamanan dan kemakmuran,” kata Nasir.
Pulau Mabul kini mempunyai
Pusat daerah Mengundi sendiri dan tidak
lagi pengundi bersusah payah menyeberangi lautan semata-mata untuk menunaikan
tanggungjawab membuang undi semasa pilihanraya.
Sebelum ini
pengundi-pengundi di pulau Mabul terpaksa meredah lautan untuk membuang undi di
beberapa Pusat daerah Mengundi di tanah besar Semporna serta berhadapan dengan
masalah pengangkutan laut.
No comments:
Post a Comment