SESI Perbicaraan Pengarah
Jabatan Pendaftaran Sabah tahun 1992, Datuk Abdul Rauf B Sani. Berikut adalah
sesi soal jawap di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini, 17 Januari 2013.
Soalan 1: Adakah kad pengenalan dikeluarkan kepada
rakyat asing merujuk kepada dokumen atau sokongan tertentu?
Jawapan 1: Kad pengenalan dikeluarkan tanpa dokumen
sokongan kerana apa bezanya mereka itu dengan penduduk di pedalaman Pensiangan
dan di Ulu Moyog yang tanpa pengenalan diri.
Soalan 2: Adakah terdapat
arahan atau peraturan yang membenarkan anda berbuat demikian.?
Jawapan 2: Saya menggunakan
budi bicara sendiri.
Soalan 3: Siapa kah yang
boleh menandatangani borang pengeluaran kad pengenalan?
Jawapan 3: Jawatan penolong
pegawai dan ke atas.
Soalan 4: Apakah benar anda
mengarahkan pegawai-pegawai JPN untuk bertemu di rumah no 8 kg Pandan, K Lumpur
bagi tujuan memproses pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing?
Jawapan 4: Ya benar. Tetapi
kad pengeluaran dikeluarkan tidak mengikut bangsa.
Soalan 5: Adakah Datuk
bersetuju ada memberikan arahan dalam rumah tersebut?
Jawapan 5: Ya.
Soalan 6: Adakah datuk
setuju bahawa tujuan pengeluaran IC ini adalah untuk meramaikan pengundi Islam
Jawapan 6: Ya.
Soalan 7: Seorang saksi
telah menyatakan sebanyak 40,000 telah ditandatanganinya selama sebulan di
tempat tersebut?
Jawapan 7: Saya tidak ingat
berapa jumlahnya, mungkin 100,000 atau 200,000.
Soalan 8: Adakah Datuk
setuju bahawa IC yang dikeluarkan adalah tanpa dokumen sokongan dan hanya
berdasarkan kepada senarai pengundi SPR?
Jawapan 8: Setuju.
Soalan 9: Do you agreed that
the exercise of issuing IC to muslim foreigner is to change the voting pattern?
Jawapan 9: Yes I agreed.
Soalan 10: Out of 60 seats,
35 seats are majority muslim seats, do you agree that the project achieved the
goal?
Jawapan 10: Yes.
(Ehsan Media APS)
No comments:
Post a Comment