TANGKAP.......Salah seorang yang disyaki ada hubungan dengan pengganas
diheret ke Balai Polis di Semporna. Anehnya kenapa memakai baju Shafie
Apdal?.
Saudara Pengarang,
USNO amat kesal dengan
sebilangan besar Pemimpin Bajausuluk yang berada dalam kerajaan UMNO Sabah yang
terus berdiam diri seolah-olahsudah kehilangan akal dan trauma menghadapi
dilema kedaulatan Sabah yang sedang dicabar pada hari ini.
Operasi yang diberi
nama 'Ops Daulat' yang sebelum ini
diberi nama 'Ops Sulu' telah membedal habis-habisan penceroboh atau lebih
dikenali Penganas Sulu di Lahad Datu,
Semporna, Tawau, Sandakan dan Kudat menampakkan telah mencapai kejayaan untuk
menghalau kumpulan 'Syaitan Kiram III' dari Negara ini.
Sekarang operasi ini terus
berjalan dan membedal penduduk Sabah tidak kira dari kumpulan Tausug
Philippines atau kumpulan Suluk tempatan bagi memastikan keselamatan Negara
berada di tahap yang maksima.
Namun saya tidak ingin menyentuh
panjang lebar mengenai tanggujawab pihak keselamatan kerana perkara ini di bawah
bidang kuasa keselamatan yang telah digariskan dibawa Esscom atau SSA.
Tetapi Kita tidak ingin
melihat tanggungjawab pemimpin Suluk dan Bajau dalam Kerajaan BN, khasnya UMNO
yang terus trauma dan kehilangan akal dalam persoalan pokok iaitu isu masyarakat
Suluk yang dilihat menghadapi dilemma tanpa pembelaan yang wajar.
Kawasan Esscom atau SSA dari
Kudat hingga ke Tawau adalah kawasan Majoriti Bajausuluk di mana kawasan ini
juga dilihat sebagai kawasan kubu kuat UMNO di Negeri Sabah.
Namun amat dikesali apabila
dilemma ini berterusan tanpa pembelaan wajar pemimpin Bajausuluk dalam UMNO, mereka
hanya datang dengan tiba-tiba dan menyerang pemimpin pembangkang; mengaitkan
pembangkang dengan pengganas seperti pemimpin MNLF Nur Misuari dan menuntut
siasatan terhadap pemimpin berkenaan.
Anwar Ibrahim nampaknya
dijadikan sasaran oleh Shafie Afdal yang meminta supaya siasatan hendaklah
dilakukan terhadap pemimpin ini yang beliau lihat ada kaitan dengan Nur
Misuari.
Pada masa yang sama beratus-ratus
ribu masyarakat Pantai Timur yang menghadapi dilemma dan trauma serta ketakutan
angkara keselamatan mereka terus terancam; baik ancaman pengganas atau takut
kepada pihak keselamatan, kerana pada bila-bila masa mereka boleh diheret dan
disoal siasat jika ada laporan mengaitkan mereka dengan pengganas; terutama
musuh politik mereka.
Apabila Tun Mahathir melabel
kaum Suluk sebagai ‘Kaum ganas’ dan ‘Pengganas’, tiada seorang pun pemimpin Bajau
atau Suluk dari UMNO Sabah yang bangkit membetulkan persepsi itu.
Ahirnya masyarakat Suluk
terpalit oleh panggilan itu yang melebelkannya sebagai operasi menghapuskan 'PENGANAS
SULU'.
Sekali lagi Mahathir
mencabar dan ingin menghapuskan budaya masyarakat Bajausuluk apabila
mencadangan supaya Perumahan Kampung Air atau rumah atas air dihapuskan pada
masa akan datang kerana dianggap sebagai sarang pengganas.
Sekali lagi pemimpin suluk
Sabah terus kehilangan 'telur' atau mati akal kerana 'pucuk' mereka dimatikan
oleh Mahathir yang akhirnya akan mati secara kekal dalam UMNO Sabah.
Asakan demi asakan yang
dibuat terhadap masyarakat Bajau dan Suluk pada hari ini gagal difahami oleh
pemimpin UMNO suku Bajausuluk atau mereka sengaja tidak mahu faham kerana takut
dan trauma melihat serangan Bom F18 di Kampung Tanduo pada 1 Mac 2013 lalu.
Penaja USNO kesal dengan
kegagalan rumpun-rumpun Melayu Bajau dan Suluk ini yang dilihat sedang 'DISELLEH
BUYUNG MEREKA' oleh Mahathir tetapi terpaksa mengecutkannya kerana ketakutan
yang amat sangat; di mana akhirnya mengambil jalan menjadi 'barua' UMNO hatta
menderhakai bangsa sendiri.
Seluruh dunia melihat
pertemuan Shafie Afdal dengan Sultan Esmail Kiram. Seluruh dunia tahu bahawa Shafie
Afdal mengatur pertemuan keluarga Kiram dengan Datuk Seri Najib Tun Razak,
namun tiada pula tuduhan terhadap beliau yang mempunyai kaitan rapat dengan Sultan
'Syaitan' Sulu itu walaupun dengan terang dan jelas beberapa pengganas yang
ditangkap tempoh hari di Semporna memakai baju BN berlambangkan gambar Shafie
Afdal.
Apakah Adun, MP,
Menteri Suluk Bajau dalam UMNO ini masih
relevan untuk mewakili mereka pada masa akan datang?
Di manakah mereka pada hari
ini? Di saat bangsa mereka trauma dan ketakutan, ketakutan kerana dianggap bangsa yang ganas
dan perlu dihapuskan dari muka bumi Sabah sama ada masa depan mereka, budaya
mereka dan martabat mereka.
Tidakkah mereka berasa malu
dan rasa bersalah apabila seorang mantan Ketua Menteri Sabah yang bukan dari
keturunan Suluk keluar bersuara mengenai penganaiyaan bangsa suluk pada hari
ini disuarakan oleh Tan Sri Harris bin Salleh?
Jesteru itu USNO ingin
membawa rakyat Sabah khasnya mesyarakat Bajausuluk atau keturunan Suluk supaya
bersatu dan ‘Magbogbog’. Jika rakyat dan kerajaan BN ingin membedal 'Penganas
Suluk', kita juga mesti membedal Pemimpin Bajau Suluk yang gagal mewakili kita
hari ini.
Bukankah mereka gagal
melindungi masa hadapan kita, bangsa kita dan masyarakat kita yang sedang dalam
ketakutan dan trauma oleh serangan bertubi-tubi; baik dari dalam Negara oleh
Pemimpin UMNO sendiri atau luar Negara
oleh 'Pengganas Luar' yang mengaku keluarga Kiram.
Salam Hormat,
ABDULLAH SANI HAJI ABDUL
SALLEH
Timbalan Pengerusi Penaja
USNO
welcome to visit and like my facebook page:facebook.com/davidslovewedding ^_^
ReplyDelete