KEMENTERIAN Pengajian Tinggi
hari ini menegaskan bahawa skim Bantuan Biasiswa Pengajian 1Malaysia (BP1M)
seperti yang disiarkan di laman web biasiswa1msia.blogspot.com dan
www.step2rich.net/iklan2u tidak pernah wujud.
KPT dalam kenyataan hari ini
menyifatkan ia satu penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Justeru, kementerian
menasihatkan pelajar dan ibu bapa untuk tidak terpengaruh dengan skim tersebut.
Untuk maklumat lanjut, orang
ramai boleh melayari portal rasmi KPT di www.mohe.gov.my mengenai biasiswa yang
ditawarkan. (Bernama)
No comments:
Post a Comment