BEAUFORT: Ketua penaja Umno
Cawangan Umno Kg Memanjang di sini, Paulus Rakub menjelaskan bahawa ahli
cawangan yang baru ditubuhkan di situ disertai oleh penduduk yang belum pernah
menyertai mana-mana parti sebelum ini.
Bagaimanapun, katanya
penduduk di situ sentiasa menyokong kerajaan BN sejak dari dahulu lagi.
“Kami adalah penyokong
kerajaan sejak sekian lama walaupun sebelum ini kami tidak menyertai mana-mana
parti. Kerana kepercayaan berpanjangan kami kepada komitmen dan kemampuan BN
akhirnya kami sepakat untuk menyertai Umno dan menubuhkan cawangan di sini,”
katanya sambil memberitahu hanya 70 penduduk telah menghantar borang keahlian
setakat ini.
Beliau berkata demikian
sebagai pembetulan kepada laporan media baru-baru ini yang menyatakan seramai
80 ahli SAPP menyertai cawangan Umno yang baru ditubuhkannya di Kg Memanjang di
Dun Klias dalam kawasan Parlimen Beaufort.
Borang keahlian cawangan
yang ditubuhkan itu diserahkan Paulus kepada Pemangku Ketua Umno Beaufort,
Isnin Aliasnih pada majlis Jalinan Kasih di Kg Memanjang, baru-baru ini.
Paulus berkata beliau tidak
menolak kemungkinan terdapat lagi
penduduk yang ingin menyertai cawangan yang diketuainya.
“Mungkin juga ada lagi
penduduk akan menyertai kita atau mungkin juga terdapat ahli parti pembangkang
yang berminat bagaimanapun saya belum menerima borang penyertaan daripada
mereka dan setakat ini cawangan ini mempunyai 70 ahli,” katanya.
Beliau berpendapat dengan
tertubuhnya cawangan baru Umno itu akan memperkukuhkan lagi sokongan rakyat
terhadap kerajaan BN.
“Pihak kita menyedari bahawa
kini semakin banyak nikmat yang telah dibawa oleh kerajaan BN khususnya untuk
penduduk luar bandar. Justeru itu keputusan kami menubuhkan cawangan ini
sebagai tanda sokongan yang lebih realistik kepada kerajaan BN yang berbanyak
berbakti kepada rakyat,” katanya.
No comments:
Post a Comment