Oleh : NIGEL AW
KETUA Polis Negara Tan Sri
Ismail Omar Ismail Omar yang biasanya tenang hari ini kelihatan berang apabila
ditanya tentang dakwaan bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh bahawa
polis menjalankan operasi merampas dan memusnahkan dokumen pengenalan diri yang
diberikan kepada masyarakat Suluk di negeri itu.
"Saya tak akan layan
cakap-cakap mengarut... Saya tiada masa untuk dakwaan liar - sama ada mereka
main politik atau tidak.
"Kalau kamu tuduh macam
itu, bawalah bukti pada saya," katanya kepada pemberita semasa sesi
wawancara khas media di Bukit Aman hari ini.
Ketika mengulas lanjut,
suaranya semakin lantang dan tidak dapat mengawal marah sehingga menepuk meja.
"Saya sudah diam lama,
tetapi biar saya beritahu sekarang! Saya tak layan cakap-cakap mengarut. Kita
menghadapi keadaan di mana orang saya mati (di Lahad Datu).
"Sekarang mereka di
barisan depan menggadai nyawa. Kamu ingat ini main-main? Katanya, membuatkan
wartawan terdiam seketika.
No comments:
Post a Comment