GLOBAL Witness, NGO
antarabangsa yang menyiarkan video yang didakwa menjadi bukti penyalahgunaan
lesen pembalakan oleh keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud,
hari ini menyiarkan satu lagi video untuk menyangkal dakwaan seorang peguam
yang terbabit dalam video awal.
Peguam Sibu, Huang Lung Ong
memberitahu The Malay Mail pada hari Rabu bahawa beliau telah diperangkap oleh
penyiasat yang dihantar oleh Global Witness yang menyamar sebagai pelabur
asing, dengan mendakwa bahawa perbualan mereka semata-mata cakap "kedai
kopi".
"Saya telah
diperangkap. Saya ditanya mengenai perkara berkaitan undang-undang tanah...
Mengapa saya perlu cakap tentang Ketua Menteri?" katanya.
Huang - rakan kongsi firma
undang-undang Huang & Co - dipetik sebagai berkata beliau mungkin ada
mengucapkan beberapa perkataan kerana tertekan dengan penyiasat itu yang
bertanya banyak soalan kepadanya.
Bagaimanapun, video terbaru
selama tiga minit itu, menunjukkan Huang dilihat memperkenalkan Billion Venture
Sdn Bhd, syarikat milik hartawan balak Sarawak, Hii Yii Peng, kepada penyiasat
itu di sebuah cafetaria.
No comments:
Post a Comment