KUALA LUMPUR : Presiden
Benigno Aquino III tidak akan dimaafkan kerana bersikap lepas tangan semasa
Malaysia mengebom bertali-arus rakyat Filipina di Sabah, kata Ketua Pemimpin Pemberontak
Nur Misuari yang juga memberi amaran situasi huru hara jika Sulu Sultan Jamalul
Kiram III ditangkap dan pengikutnya diberkas.
Misuari merupakan Ketua
Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF), sebuah gerakan politik Islam yang
bertukar menjadi pemberontak pada 1969 berkata Aquino perlu lebih tegas dan
menghentikan serangan Malaysia ke atas pengikut Jamalul, bukannya menyebelahi
negara jiran mereka tersebut.
“Apa yang beliau lakukan
sangat buruk,” kata pemimpin tersebut yang dipetik dalam The Philippine Daily
Inquirer.
“Beliau bukan seorang
mengetuai negara ini apabila menyebelahi musuh kepada orangnya sendiri.”
“Atas alasan apa beliau
(Aquino) bekerjasama seiring dengan Malaysia, sebuah kuasa penjajah yang
menduduki tanah orang kita? Saya menentangnya, sangat menentangnya dengan
seluruh jiwa saya. Saya harap Presiden mendapat nasihat dengan baik. Saya harap
beliau akan sedar. Jika tidak kami tidak akan memaafkannya,” kata beliau semasa
sidang media semalam di kediaman Jamalul di bandar Taguig, Filipina.
“Dan terdapat cubaan untuk
menangkap Sultan, saya difahamkan. Biarkan mereka buat, negara ini akan dalam
huru-hara jika mereka meneruskannya. Saya janji kepada anda.”
Misuari juga mendakwa telah
memberikan amaran kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak bahawa
penentangan kumpulan penceroboh Sulu di Sabah 'dianggap sebagai sebuah
peperangan'.
Beliau menambah kesediaannya
untuk menyuruh cucu lelakinya yang tinggal di Malaysia dan sesiapa sahaja yang
dikatakan saudara Najib untuk bercakap dengan Perdana Menteri tentang sebarang
kemungkinan jalan perdamaian untuk menghentikan ketegangan.
Pegawai kerajaan Filipina
berulangkali mengulangi kritikan yang keras ke atas pentadbiran Aquino kerana
kegagalannya untuk melindungi nyawa rakyatnya sendiri, yang mana kebanyakkan
rakyat Filipina percaya tuntutan mereka ke atas tanah di Sabah adalah
munasabah.
Laporan The Inquirer juga
berkata Misuari bersetuju dengan Kesultanan Sulu yang mendakwa Sabah “adalah
tanahair kami”, tetapi menafikan beliau mencetus pencerobohan mereka di Sabah
ataupun pengikutnya dalam MNLF menyertai pertempuran di Lahad Datu di mana
kebanyakkan mereka dilapor mendapat latihan ketenteraan di Malaysia.
Menurut beberapa laporan di
media Filipina, Misuari menyifatkan ia sebagai “gila” dengan membuat kesimpulan
beliau bertanggungjawab dalam insiden pencerobohan tersebut.
“Untuk sesiapa membuat
spekulasi bahawa saya terlibat dengan pencerobohan (Sabah) adalah sesuatu yang
gila,” kata beliau yang dipetik dalam laman mikro Twitter milik saluran media
Filipina, ABS-CBN.
“Misuari juga menafikan
membiayai kumpulan Kiram di Sabah. Ia bukan cara saya untuk melakukan sesuatu
perkara,” lapor saluran tersebut yang menggunakan penggendali @ANCALERTS.
Menteri Pertahanan Malaysia
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga menyokong kenyataan Misuari tersebut semasa
sidang media semalam apabila mendakwa tiada bukti mengatakan pejuang MNLF yang
dilatih Malaysia menyertai kumpulan penceroboh Muslim yang membuat tuntutan di
Sabah.
“Kita hanya fokus kepada
pengganas yang datang dari Sulu. Saya harap rakan-rakan kita berketurunan Sulu
di Sabah dan seluruh negara tetap bersama-sama dengan kerajaan.
“Kita harus membezakan
antara pengganas Sulu dengan orang Sulu yang berada di Sabah, sama ada mereka
merupakan rakyat Malaysia berketurunan Sulu atau mereka yang mendapat taraf
penduduk tetap di Sabah,” katanya.
Manila Bulletin semalam
melaporkan Hadji Acmad Bayam, bekas ketua propaganda kumpulan pemisah itu,
mengatakan MNLF mempunyai senjata tersembunyi di dalam Sabah yang disembunyikan
selepas latihan dan yakin pihak berkuasa Malaysia tidak akan menjumpai senjata
berkenaan.
Senjata termasuklah G1 dan
FAL yang diperbuat oleh Belgium di mana bekas presiden Libya Muammar Gadafi
memberikan melalui Malaysia, kata Acmad kepada akhbar tersebut.
Acmad dilaporkan tinggal di
Sabah selama satu dekad dari 1976 hingga 1986 sebelum menyerah kepada bekas
presiden Filipina pada ketika itu, Fidel V Ramos.
Bekas pemimpin militan itu
memberitahu akhbar ramai komander pemberontak lama dan ahli mereka telah
memilih untuk menetap di Sabah.
Kebanyakan mereka adalah
dari Sulu, Tawi-Tawi dan semenanjung Zamboanga di selatan Filipina, katanya,
sambil menambah orang-orang MNLF termasuk dari Maguindanao, Irano dan Maranao.
Acmad memberitahu, salah
seorang komander kanan yang dilatih Malaysia menghubunginya beberapa hari lalu,
memberitahu beliau sedang menyenaraikan pahlawan Tausug dan lain-lain untuk
menyokong pengikut Agbimuddin Kiram dan keturunan kesultanan Sulu yang mendakwa
memiliki Sabah.
“Saya cuba menghubunginya
semalam melalui telefon tetapi tidak dapat lagi. Saya fikir beliau gagal untuk
menembusi sempadan laut Malaysia dan Filipina,” Acmad dilaporkan berkata.
Kumpulan penceroboh
bersenjata tersebut telah mendarat di Lahad Datu pada 9 Februari dan menuntut
hak mereka ke atas sebahagian kepulauan Borneo tersebut. (TMI)
No comments:
Post a Comment