LAHAD DATU : Ditawan
kemudian di penggal kepala merupakan antara kekejaman yang tiada tara dilakukan
pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara.
Bukan itu sahaja, seorang
anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan dirodok perutnya menggunakan
parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan segala organ
dalaman.
Badan wira negara juga
ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan sebelum dicampak ke laut
manakala ada antara mereka maut kerana kedua biji mata mereka dicungkil
menggunakan senjata tajam.
Seorang lagi anggota pasukan
keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah tangannya
kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.
Kesemua wira negara itu
diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac lalu di Kampung Sri
Jaya, Simunul, Semporna.
Perbuatan yang sangat sadis
dan tidak berperikemanusiaan itu menimbulkan tanda tanya apakah mereka ini di
bawah pengaruh dadah atau ilmu hitam.
Malah, Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyatakan beliau amat dukacita apabila niat
suci Malaysia untuk tidak membenarkan setitik darah tumpah di bumi Sabah
dibalas dengan kekejaman oleh pengganas Sulu terhadap anggota keselamatan.
Dalam pada itu, Polis Diraja
Malaysia (PDRM) menerusi Facebook hari ini mengesahkan, selepas operasi
menyelamat dibuat anggota komando VAT 69, mayat anggota polis ditemui dalam
keadaan diperlaku dengan penuh kejam.
"Apabila tiba di
Kampung Simunul, pasukan polis diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota
polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam penceroboh bersenjata telah
dibunuh pihak polis.
"Polis menghantar
pasukan penyelamat untuk membawa keluar mayat wira-wira kita. Mayat anggota
polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan kejam oleh penceroboh bersenjata
tersebut," katanya.
Dalam serangan itu, enam
anggota polis maut iaitu Supritendan Ibrahim Lebar, Asisten Supritendan Micheal
Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Aziz Sarikun, Koperal Salam Togiron dan
Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran.
Semua mereka yang maut itu
kemudian diberi kenaikan pangkat berkuat kuasa serta-merta sebagai menghargai
jasa dan pengorbanan wira yang diumumkan sendiri oleh Timbalan Ketua Polis
Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Terdahulu, pada 1 Mac lalu,
pengganas Sulu juga bertindak keji apabila berpura-pura menyerah diri dengan
mengangkat bendera putih sebelum menembak mati dua anggota komando VAT 69 dan
mencederakan tiga yang lain di Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Allahyarham Asisten
Supritendan Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, yang menyangka
pengganas Sulu ikhlas kemudian bangkit daripada posisi meniarap menyebabkan
kedua-dua mangsa maut ditembak di kepala
Kurang ajar pnya Suluk tausug sulu...kelaparan sudah 3 minggu tiada makanan daging ,hati&perut manusia pun dorg makan bagus lagi dorng makan BABI hutan...!!!!!
ReplyDelete