Thursday, 10 November 2011

AGENDA TRANSFORMASI MODAL INSAN



PENGHARGAAN....Kamarlin Menerima cendera kenangan dari Pengetua SMK Taman Tun Fuad selepas merasmikan program tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

PARA guru, ibubapa dan pelajar sekolah diminta agar mewujudkan budaya kerja berpasukan dalam mempastikan tahap kecemerlangan akademik di setiap sekolah di negeri ini dapat direalisasikan sepenuhnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Lumadan, Kamarlin Haji Ombi berkata, bagi melakanakan hasrat murni tersebut khususnya dalam menentukan tahap kecemerlangan pelajar, khususnya dalam bidang akademik; tidak seharusnya diletakkan di pihak sekolah atau guru-guru sahaja, malah pelajar dengan sokongan ibubapa perlu berkerja sama bagi mempastikan agenda kerajaan memperkasakan mutu pendidikan Negara mencapai matlamatnya.

“Negara kini berada di landasan untuk menjadi Negara maju menjelang tahun 2020, justeru kita mengharapkan rakyatnya bersedia menghadapinya dengan menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang hanya boleh diperolehi melalui sistem pendidikan yang baik dan terancang,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Graduasi ke 10 Anugerah Ko-kurikulum SMK Taman Tuan Fuad, dekat sini, baru-baru ini.

Menurut Timbalan Ketua Umno Sipitang ini, faktor kemiskinan dan ketidakupayaan bagi ibu pelajar untuk menghantar anak mereka belajar sehingga mencapai kejayaan cemerlang dalam pendidikan bukan lagi alasan kerana dalam Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Tun Razak baru-baru ini, sejumlah besar peruntukan diberikan untuk menjana sektor pendidikan Negara.

SAMBUTAN...Kamarlin disambut penuh meriah sejurus tiba untuk merasmikan majlis tersebut.

“Pemansuhan yuran sekolah, penambahbaikan kemudahan asas sekolah serta bantuan kewangan kepada pelajar merupakan antara komitmen kerajaan bagi memperkasakan mutu pendidikan Negara,” katanya.

Sehubungan itu, Kamarlin mahu para pelajar dan ibubapa memanfaatkan sepenuhnya kemudahan serta bantuan yang disediakan oleh kerajaan ke arah pencapaian akademik yang lebih baik, agar para pelajar boleh bersaing bagi meneruskan pengajian mereka hingga ke peringkat pengajian yang lebih tinggi.

“Asas untuk menjayakan tranformasi kepada aspek kemajuan negara pada masa akan datang amat bergantung kepada penyediaan modal insan yang berkualiti, berilmu pengetahuan serta berkemahiran,” jelas Kamarlin.

No comments:

Post a Comment