Saturday, 12 November 2011

BAJA TUMPAH MILIK TECK GUAN TRADING!



Saudara Pengarang,

SAYA amat tertarik dengan artikel ‘Chinese Chambers Dalangi Baja Haram’ dan terpanggil untuk membantu Sabahkini.net mencari bukti sebenar pemilik baja dan syarikat pengangkutan yang terlibat dalam kes tersebut.

Saya sempat merakam beberapa keping gambar bukti operasi syarikat berkenaan yang sedang berjalan sehingga ke hari ini. Gambar tersebut diambil di kawasan pelabuhan iaitu tempat baja tersebut dipunggah dari kapal ke lori dan kemudiannya dibawa ke gudang berkenaan. Cuma saya agak pelik kenapa Sabahkini.net memasukkan gambar yang tidak tepat berkaitan dengan pihak yang bertanggungjawab dalam kes tersebut.

Dari pengamatan saya, pemilik sebenar baja yang tumpah tersebut adalah Teck Guan Trading Sdn Bhd dan bukannya Agromate (M) Sdn Bhd.seperti yang dipaparkan dalam Sabahkini.net. Seharusnya gambar yang ditunjukkan kepada awam hendaklah benar dan tepat agar pihak awam tidak terkeliru dan tidak mengaibkan mana-mana pihak. Tidakkanlah gara-gara nila setitik, rosak susu sebelanga.

Syarikat pengangkutan yang terlibat dan sepatutnya bertanggung jawab terhadap tumpahan baja tersebut ialah T.S Shipping and Forwarding Sdn Bhd dan saya berharap Sabahkini.net dapat memaparkan gambar-gambar yang saya kirim ini agar dapat menjelaskan kepada masyarakat kebenaran hal ini.

Saya berharap tindakan yang akan diambil oleh pihak berwajib adalah yang tepat mengenai pihak yang seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap masalah ini dan bukannya kita melibatkan pihak yang tidak seharusnya mendapat tempias dari hal ini. Pemilik baja dan syarikat pengangkutan yang terlibatlah seharusnya dipersalahkan sepenuhnya.

Salam Hormat,

BIDOSTO

No comments:

Post a Comment