Oleh : MOHD FIRDAUS MUHAMMAD NOOR
PAS menasihatkan supaya Ketua Pemuda PBRS Cawangan Kg. Sinua, Edwin Laimin agar berpijak di bumi yang nyata dan tidak termasuk di antara golongan-golongan pengampu terbesar negeri.
Ketua Penerangan PAS Sabah, Hisammudin Sulaiman berkata, kenyataan Edwin yang mempertahankan tuannya itu menggambarkan sikap sebenar keadaan dirinya yang berpura-pura memperjuangkan isu kemudahan rakyat.
Kata Hisammudin, PBRS tidak sepatutnya mencabar PAS untuk mengeluarkan manifesto pilihanraya semata-mata, tetapi memberi laluan kepada PAS Pensiangan untuk memerintah dan berkuasa di Sook dan Sabah ini.
“Jika PBRS benar-benar ‘jantan’, berikan kepada PAS walaupun sehari untuk PAS mentadbir Pensiangan, Sook dan negeri ini.
Sambil memberikan contoh mengenai kehidupan sebenar rakyat Pensiangan terutama di Sook, yang merupakan salah sebuah daerah pedalaman Sabah yang sehingga kini tidak mempunyai jaringan perhubungan yang baik.
“Sikap Edwin ini menunjukkan sikap tidak bertanggungjawabnya untuk memberikan perkhidmatan sebaiknya untuk rakyat,” ujarnya.
Beliau turut kesal dengan pembangunan Sook yang tidak selesai setelah sekian lama negara mengecapi kemerdekaan. Masyarakat Sook menurutnya, terpaksa menggunakan generator bagi meneruskan aktiviti harian mereka pada waktu malam.
“Lihat sajalah. Boleh datang ke sini. Di pekan Sook, ada elektrik, bila sampai di pekan kecil Sook pula, rakyat masih menggunakan generator untuk pencahayaan waktu malam.”
Hishamuddin tidak menafikan adanya pembangunan yang dibuat untuk kemudahan rakyat, namun di sebalik pembangunan tersebut ada juga ketirisan dan pembaziran yang diamalkan atas nama ‘pembangunan’.
“Saya sentuh isu sekolah. Sekolah ni menjadi medan pendidikan anak-anak muda. Di sini, hanya ada dua buah sekolah menengah. Satu di Tulip dan satu lagi di pekan kecil Sook. Berbaloikah dengan kapasiti penduduk?
“Ada juga surau sekolah yang dibina untuk pelajar kini digunapakai sebagai masjid oleh masyarakat setempat. Ini menunjukkan Edwin sendiri membawa sentimen agama. Kenapa tidak dibuat masjid khusus untuk masyarakat? Dewan sekolah yang dibina pun sudah rosak. Macam mana nak membangun?,” katanya.
No comments:
Post a Comment