Thursday, 17 November 2011

KERJASAMA LONJAK KECEMERLANGAN AKADEMIK



DIHARGAI….Jamawi menerima cendera kenangan berupa baju-T daripada Pengetua SM St Anthony Tenom, Chung Nyuk Chun selepas merasmikan majlis tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

INSTITUSI kekeluargaan dan pendidikan perlu bekerjasama di peringkat sekolah bagi melahirkan modal insan cemerlang dan berakhlak mulia yang mampu menangkis pelbagai cabaran pada masa hadapan.

Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Jamawi Jaafar berkata, kerjasama itu amat penting bagi membantu anak-anak berjaya mencapai kejayaan dalam bidang akademik di samping berupaya menangkis perkara negatif yang boleh menjejaskan tumpuan mereka terhadap pembelajaran mereka seharian di sekola.

"Kerjasama ini amat penting dan saling melengkapi kerana ibu bapa yang mempunyai jadual kesibukan dengan komitmen lain dan pihak sekolah khususnya guru-guru boleh membantu meringankan beban mendidik anak-anak,” katanya ketika berucap merasmikan hari keluarga SM St. Anthony, Tenom, baru-baru ini

Hadir sama Pengetua SM St. Anthony Tenom, Chung Nyuk Chun dan Pengerusi PIBG SM St. Anthony Tenom, Aripin Kulipo

Menurut Jamawi yang juga Ketua pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom, anak-anak perlu diberikan perhatian yang sewajarnya kerana mereka peneraju generasi pada masa depan dan melalui pendidikan merupakan senjata utama mereka menghadapi masa depan yang lebih mencabar.

Dalam pada itu, Jamawi juga turut mengesa agar, PIBG di setiap sekolah di daerah itu turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi sesebuah sekolah.

"Ia menjadi pengantara kepada ibu bapa untuk menyuarakan pandangan bagi menambah baik prestasi anak-anak dan sekolah. Gabungan ini juga akan membentuk persekitaran yang baik untuk kecemerlangan pelajar," katanya.

No comments:

Post a Comment