MENANG....Hiew menunjukkan surat daripada Tetuan M A Poon mengenai kes tuntutan tanah tersebut.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
PESURUHJAYA Kehakiman Mahkamah Tinggi Sandakan, Hakim Lee Heng Cheong kelmarin menolak perintah Injunksi (Injunction) tuntutan tanah seluas 40 ekar di Blok 10, Lot 5, 6 dan 7 di Lung Manis, Beluran.
Hakim Mahkamah membuat keputusan penolakkan injunksi tersebut yang difaikan di Mahkamah oleh plaintif, Mansur Mursalin dan dua orang rakannya, Moh Ing Hua dan Ho Hee Tak melalui surat rujuk : Civil Suit No SDK 22-17 of 2011.
Peguambela dan Peguamcara daripada Tetuan M F Poon & Company, Ratni Dewi Hj Hamdan yang mewakili defenden, Hiew Vui Hiong menjelaskan dengan perintah mahkamah bahawa mulai kelmarin, Hiew dibenarkan memasuki kawasan tanah tersebut, sama ada untuk menombak buah sawit atau membangunkan tanah-tanah berkenaan kerana tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.
Kata Ratni lagi, Mahkamah mengambil kira beberapa sudut menolak tuntutan injunksi tersebut kerana ketiga-tiga orang plaintif gagal hadir di mahkamah untuk sebutan kes tersebut sebanyak tiga kali berturut-turut.
BINCANG...Peguambela Ratni Dewi sedang membincangkan sesuatu dengan Hiew mengenai isu fail saman tersebut.
Perlu diambil perhatian, tambah Ratni, sekiranya ketiga-tiga orang itu masih lagi memasuki ke kawasan tersebut dengan tujuan untuk menuai sawit, maka mereka boleh didakwa di mahkamah kerana mereka diangap sebagai penceroboh di kawasan tersebut.
Katanya lagi, mahkamah telah memutuskan kes tuntutan plaintif ke atas tanah Blok 10 Lot 5-6 dan 7 kes tersebut serta merta sudah selesai dan tidak akan didengar lagi di mahkamah ini, disebabkan mereka yang mendakwa memfailkan saman terhadap defendan, tetapi mereka dengan sendirinya tidak hadir ke mahkamah untuk mendengar sebutan kes tersebut.
No comments:
Post a Comment