Thursday 17 November 2011

PBRS Vs PAS DI PENSIANGAN?



Oleh : KENINGAU PRESS

PENDUDUK di kampung Sinua, mahupun di Mukim Lanas tidak seburuk yang didakwa oleh Yang Dipertua Parti Islam SeMalaysia (PAS) Pensiangan, kerana sebagai masyarakat yang terkenal dengan nilai-nilai murni yang tinggi dan berpegang teguh kepada budaya; adalah tidak benar sama sekali penduduk melakukan tindakan yang bertentangan dengan sikap mulia mereka.

"Kami tinggal terpencil tetapi tidak bermakna kami kurang ajar dan dakwaan PAS kononnya papan tanda sebuah projek Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di kampung ini dibaling batu penduduk adalah tidak benar sama sekali. Dakwaan itu tidak betul dan tohmahan itu salah," kata Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Bahagian N.37 Sook, Edwin Laimin.

Edwin yang juga Ketua Pemuda PBRS Cawangan Kg.Sinua, berkata, sokongan rakyat terhadap BN di kawasan Sook dan Pensiangan masih berdiri teguh di bawah kepimpinan wakil rakyat yang ada, di masa yang sama, telah kelihatan perubahan berlaku di kawasan pedalaman itu.

“Apa yang berlaku ialah papan tanda itu bukannya dibaling oleh orang dewasa sebaliknya perbuatan budak nakal. Jadi tomahan PAS ini adalah semata-mata kerana mereka telah ketandusan isu untuk meraih sokongan rakyat di kawasan ini,” kata Edwin.

Beliau berkata, penduduk di kampung itu menyambut baik projek naik taraf jalan raya di Kg.Sinua, namun adalah tidak benar rakyat membaling papan tanda itu sebagai protes terhadap pelaksana projek itu yang mengambil masa. .

Rakyat di kawasan N.37 Sook khususnya di Pensiangan lebih tahu menilai perubahan dan pembangunan yang dibawakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pada masa yang sama projek yang dijanjikan di kawasan itu tetap dilaksana, meskipun kadangkala mengambil masa untuk disiapkan.

Kata Edwin, Pemuda PBRS mencabar Pas Pensiangan untuk mengeluarkan manifesto pilihanraya mereka untuk kawasan Sook, jika parti itu berani berbuat demikian.

“Jangan hanya tahu selar sana, selar sini, ibarat tin dipukul, berbunyi lantang tapi kosong. Kita mahu melihat manifesto Pas adakah ia releven dengan masyarakat di sini,” kata Edwin yang kesal kerana PAS seolah-olah membawa sentimen agama di dalam politik KDM.

Katanya, sebagai anak jati dari kawasan Sook dari Mukim Lanas, beliau telah melihat perubahan, namun sebagai kawasan luar bandar, Pejabat Daerah Kecil Sook memerlukan masa untuk membangun sepenuhnya.

“Apa yang paling penting ialah keperluan asas disediakan oleh kerajaan. Kita (Pemuda) juga adalah pengerak kepada pemimpin, bukan semata-mata pendamping, kerana kita juga mahu janji-janji sebelum ini ditunaikan (jika belum diselesaikan) dan penambahbaikan untuk kawasan kita, “ ujar Edwin.

Katanya, rakyat di kawasan Sook/Pensiangan lebih memahami dan mengenali pemimpin-pemimpin di kawasan itu yang sering turun padang dan melihat keperluan rakyat.

“Terbaru jalan raya sejauh 64km dari Sook ke Sinua sedang dalam pelaksanaan naiktaraf (aspal). Ini membuktikan BN mengotakan janji,” kata Edwin.

No comments:

Post a Comment