Tuesday, 15 November 2011

‘PENGETUA’ SMS SAINS TIPU PENIAGA RM4.11 JUTA?



Oleh : MUTALIB M.D

‘PENGETUA’ SMK Sains Lahad Datu, ‘Ema Bin Roslan’ didakwa telah menipu syarikat perbekalan, Yoland R Veculado sejumlah RM4.1 juta bagi kontrak bekalan langsir dan makanan bermasak ke sekolah berkenaan dan telah menerima ‘rasuah’ RM20,500 yang didepositkan melalui akaun bank BSN atas nama Zulkifly Bin Simon.

Bagaimanapun setelah lama menunggu bayaran yang dijanjikan tidak sampai, maka pemilik Yoland R Veculado telah membuat pemeriksaan mengejut dan memfailkan aduan rasmi kepada Pengetua SM Sains Lahad Datu, Hajah Juriah Bte Ahmad, pada 8 September 2011

Dalam suratnya kepada Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu, Bil SMSLD 300-2/6 bertarikh 9 September 2011, Hajah Juriah mengakui bahawa pemilik syarikat Yoland R.Veculando telah memfailkan aduan pada jam 3.40 petang 8 September 2011 untuk pengesahan bayaran RM4 juta lebih yang belum dibayar sejak setahun lalu.

Bagaimanapun setelah disemak, segala surat menyurat, termasuk kepala surat adalah ‘PALSU’ serta Pengetua yang bernama Ema Bin Roslan dan PK Hal Ehwal Pelajar bernama Rosmawati Bte Hashim, ‘tidak wujud’ di sekolah berkenaan.

TAWARAN....Surat tawaran dan pengesahan ini adalah paslu kerana menggunakan kepala surat dan nama yang tidak wujud.

BETUL....Kepala surat yang digunakan SM Sains Lahad Datu.

SLIP....Salah satu slip masuk bank ke akaun Zulkifli Simon.

PALSU....Cek palsu ini kononnya sebagai bayaran kepada Yoland.

Mengikut rekod yang ditunjukkan oleh pemilik Yoland R.Veculando, beliau telah memasukkan wang sejumlah RM20,500 untuk Pengetua SMS Lahad Datu, Ema, melalui akaun BSN 1212729000162127 atas nama Zulkifly Bin Simon, kad pengenalan 680814125411 sebanyak lima kali.

Pemilik syarikat Yoland R.Veculando telah membuat laporan polis melalui LDD/RPT/7692/11 pada 21 September 2011 di Balai Polis Lahad Datu, namun sehingga kini belum ada sebarang siasatan dibuat, walaupun beberapa tertuduh telah dikenalpasti.

Dalam kenyataannya kepada Sabahkini.net, pemilik Yoland R.Veculando terkejut setelah pekerjanya menyerahkan lapan keeping chek tertunda milik Tetuan Selera Anda, 0001477058 CIMB Bank, Lahad Datu bernombor 180566, 180567, 180568, 180569, 180570, 180571, 180572, 180573, masing-masing bernilai RM549,567.50 setiap satu atas nama Yoland R.Veculando sebagai bayaran kontrak yang telah dilaksanakan, tetapi cek berkenaan didapati palsu.

Ketika dihubungi, Hajah Juriah mengesahkan telah membuat laporan polis dan enggan memberikan sebarang ulasan kerana dil luar bidang kuasa beliau dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

(NOTA : PENGADU memohon maaf kepada Pengetua dan guru-guru SM Sains sekiranya penyiaran berita ini menyebabkan pihak sekolah menanggung malu, namun terpaksa mendedahkan insiden ini agar polis menjalankan siasatan kerana sehingga laporan ini dibuat, polis belum lagi memanggil saksi dan tertuduh).

1 comment:

  1. btl ka juak ne???saya skul d smsld...huhu... pa kan jadi next year ye?

    ReplyDelete