Thursday, 10 November 2011

PROJEK O&G UTAMAKAN PEKERJA ASING?



Saudara Pengarang,

KAMI, sebagai pekerja tempatan Sabah merasa amat kesal dan dukacita terhadap tingkah laku kontraktor utama dan subkontraktor seperti syarikat Samsung Engineering yang sedang menjalankan projek tersebut kerana lebih mengutamakan pengambilan pekerja asing mahir dan separuh mahir.

Alasan yang mereka berikan, kononnya pekerja tempatan malas. Dakwaan ini cuma alasan saja demi kepentingan mereka sendiri, sedangkan pekerja tempatan kita ramai mempunyai pengalaman yang sangat luas dan berdisplin dalam bidang Oil & Gas dan sedang mencari pekerjaan di negeri Sabah sendiri.

Pemimpin politik di Sabah cuma pandai berkata-kata seperti burung kakak tua, kononnya mengutamakan pekerja tempatan, tapi malangnya tidak ada sebarang kawalselia dan akhirnya hasrat kerajaan negeri Sabah yang ingin mengutamakan pekerja temapatan tidak berhasil sama sekali.

Apatah lagi, kontraktor yang mendapat kontrak ratusan juta ringgit ‘Oil and Gas’ di Kimanis/Sipitang ini adalah hak milik orang kenamaan datuk tertentu sahaja dan mempunyai pengaruh yang kuat; tetapi nilai kontrak ini dijual 100% kepada syarikat lain dari Semanjung untuk mendapatkan wang komisen cepat, seperti skim cepat kaya atau Alibaba!

Salam Hormat,

ANAK NEGERI SABAH

No comments:

Post a Comment