Friday 11 November 2011

SAMBUTAN FUTSAL 1MALAYSIA, DI LUAR JANGKAAN



Oleh: SHAIMON S JUMADI

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Au Kam Wah memuji usaha dan inisiatif ahli-ahli Kelab Futsal Parlimen Sandakan di bawah naungan Parti LDP Bahagian Sandakan yang berjaya menganjurkan Kejohanan Futsal 1 Belia 1 Malaysia yang buat pertama kalinya diadakan di Sandakan yang mendapat sambutan menggalakan di luar jangkaan.

Au merasa gembira walaupun pihak penganjurnya 100 peratus daripada belia kaum Cina tetapi penyertaan 80 peratus adalah pasukan futsal yang terdiri daripada belia-belia Melayu, 20 peratus daripadanya pasukan wanita.

Ini membuktikan konsep 1 Malaysia telah diterima oleh semua golongan rakyat di negeri ini khususnya di Sandakan untuk menjalinkan keharmonian dan perpaduan masyarakat setempat yang lebih intim.

Au berkata demikian berucap di majlis penutupan Kejohonan Futsal anjuran Kelab Futsal Parlimen Sandakan yang dilangsungkan di Gelanggang Futsal Taman Damai, kelmarin.

“Saya ingin menegaskan di sini, golongan belia harus menceburi bidang sukan ini kerana bukan sekadar untuk menyihatkan tubuh badan, tetapi menjurus kepada menghindari daripada terjebak dengan aktiviti songsang seperti penyalahgunaan dadah.

Sebagai belia harapan bangsa dan bakal pelapis pemimpin negara di masa hadapan, harus proaktif merebut segala peluang yang disedikan oleh kerajaan.

Katanya lagi, usaha yang dilaksanakan oleh Kelab Futsal Parlimen Sandakan menganjurkan kejohanan futsal ini akan dijadikan contoh kepada badan-badan mahupun kelab-kelab futsal yang ada di daerah Sandakan; agar mengikut jejak kelab ini yang bukan saja mendorong minat dan galakan kepada para belia; bahkah menjurus kepada memupuk dan menyuntik semangat setia kawan dan jalinan mesra antara satu sama lain.

“Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan yang muncul sebagai juara dan bakal berentap di pertandingan akhir di Putrajaya pada pertengahan bulan depan, mana-mana pasukan yang tewas harus bersungguh-sungguh buat latihan sebagai persediaan menghadapi kejohanan di tahun hadapan,” ujarnya.

Berikut keputusan Kejohanan Akhir Futsal 1 Belia 1 Malaysia, Johan bagi kategori lelaki jatuh kepada pasukan Sim-Sim Junior, Naib Johan pasukan PBS dan tempat ketiga disandang oleh KE United.

No comments:

Post a Comment