Tuesday, 15 November 2011

SAMPAI BILA PEKEBUN GETAH KEBULURAN?



Oleh: MC RUBBER

KHABAR media mengenai peningkatan pertumbuhan ekonomi di Sabah merupakan kaedah percaturan UMNO/BN untuk meraih undi daripada rakyat untuk meneruskan agenda penjajahan sungguhpun pada hakikatnya harga getah telah turun ke tahap 'kebuluran'.

Dalam masa sebulan, Lembaga Industri Getah Sabah, LIGS telah menurunkan harga getah sehingga RM2.75 daripada RM7.90 sekilo pada 22.09.2011 kepada RM6.70 pada 28.10.2011 dan kepada RM5.15 sekilo pada 11.11.2011.

Sedangkan pasaran tukaran getah asli SMR20 masih ditahap RM9.72 sekilo pada 11.11.2011 dan pada masa yang sama, Sarawak dapat mengekalkan harga getah kepingan pada kadar RM8.00 sekilo.

Perbezaan harga getah kepingan antara Sabah dan Sarawak adalah RM2.85 sekilo namun perbezaan harga susu getah di antara Semenanjung dan Sabah hanya 5 sen sekilo (harga di pintu kebun).

Semua perkiraan ini tidak masuk akal, mengapa LIGS hanya mampu membayar pekebun kecil RM5.15 sekilo dan mungkin akan terus turun.

Menurut Kajian MC Rubber, LIGS telah melantik pemborong-pemborong getah untuk memaksa pekebun kecil menjual getah mereka pada harga yang lebih murah kemudian LIGS mendapatkan maklumat daripada Pemborong dan menurunkan lagi harga mengikut kesesuaian. Proses seperti tersebut di atas dapat berlaku kerana pada masa yang sama cawangan pembeli getah LIGS tidak mempunyai wang untuk membeli getah secara tunai.

Lembaga Getah Malaysia meletakkan 'cesses' atau 'cukai am tempatan' getah pada kadar 4 sen sekilo namun di Sabah cukainya melebihi RM4.50 sekilo.

LIGS pada masa kini bergantung 100% pada Pekebun kecil getah seluruh Sabah dalam segi penghasilan getah, oleh itu Pekebun kecil getahlah yang telah mewujudkan subsidi penanaman baru/semula getah.

Pekebun-Pekebun kecil getah di seluruh negeri dinasihatkan supaya;

1)-Tidak menjual getah mereka kepada pemborong getah yang menurunkan harga.

2)-Menjual getah terus kepada LIGS secara terkawal, ia itu menjual sebahagian kecil hasil getah semasa harga getah ditahap yang rendah seperti harga semasa. Atau

3)-Memilih sebuah kerajaan baru yang dapat memberi jaminan pulangan hasil getah yang lumayan kepada pekebun kecil getah di Sabah, melalui PRU ke13.

Pada kadar harga barang runcit dan keperluan yang telah naik mendadak di Sabah, menurunkan harga getah ketahap 'kebuluran' merupakan satu penganiayaan terhadap masyarakat Penoreh getah.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. harga getah sabah adalah murah berbanding dengan semenanjung. dengan ini saya sarankan kepada pihak yang bertanggung jawab supaya harga getah di sabah dan di semenanjung adalah diseimbangkan ataupun disamaratakan dengan harga sebenar. setiap manusia pun menjalankan kehidupan apatah lagi yang hanya mengharapkan dengan hasil kebun sahaja.

    ReplyDelete