Wednesday, 16 November 2011

SIAPA LINDUNGI SINDIKET JUDI DAN AH LONG?



Saudara Pengarang.

KAMI mendesak Ibu Pejabat Polis Labuan mengambil tindakan tegas terhadap Ah Long (Loan Shark) yang semakin banyak di Labuan sehingga tidak terkawal dan bebas melakukan kekerasan terhadap peminjam.

Terdapat juga 8 premis yang menjalankan kegiatan mesin judi haram dan sebuah kedai snooker yang menjalankan kegiatan judi di Jalan kemajuan, GROs atau Pelacur berlesen di Karaoke dan Premis Urut (reflexology).

Kegiatan tidak bermoral dan judi haram telah membanjiri pulau kecil ini kerana sindiket langsung tidak takut pihak berkuasa tempatan. Persoalannya, adakah pihak berkuasa tempatan turut mendalangi kegiatan haram ini?

Berapa hari lepas seorang anak tauke yang meminjam duit dari Ah Long telah dibelasah sehingga masuk hospital. Kami hairan kerana di pulau kecil ini sindiket Ah Long begitu berani mengganas dan langsung tidak takut pada pihak Polis Labuan.

Sehubungan itu, kami berharap agar D7 Bukit Aman dapat turun dengan senyap ke Labuan untuk membantu Polis Labuan membanteras semua kegiatan haram tersebut di atas.

Salam Hormat.

KOSOVO

No comments:

Post a Comment