Thursday 3 November 2011

SIAPA MOHD NOR EFFENDY BIN JAMALUDIN?



Saudara Pengarang,

SURAT terbuka ini saya tujukan kepada Komander Platun 3, Kompeni A, Kem Air Panas PGA, Tawau, dengan satu harapan agar dapat diselesaikan satu kes penipuan melibatkan seorang anggota Platun tersebut yang bernama Mohd Nor Effendi bin Jamalludin.

Mohd Nor Effendi telah memperdaya beberapa orang awam yang berhasrat untuk menyewa Apartment miliknya yang beralamat di Y7-2, 2/F Blok Y, Cyber City, Kepayan, melalui iklan yang disiarkan dalam akhbar tempatan.

Beliau telah menyewakan apartment tersebut dengan harga RM600 sebulan dan dengan bayaran pendahuluan sewa sebanyak RM600 dan sewa bulanan RM600. Maka seseorang yang ingin menyewa apartment tersebut diwajibkan membayar sejumlah RM1,200 sebelum boleh mendapat kunci.

Apa yang berlaku ke atas diri saya merupakan suatu yang amat menyedihkan. Sudahlah saya hanya mempunyai wang cukup-cukup RM1,200 sahaja yang telah dibayar kepada Mohd Nor Effendi, saya juga baru hendak memulakan kerja di sebuah restoran berdekatan flat yang disewakan oleh beliau.

Wang RM1,200 yang saya bayar kepada Mohd Nor Effendi telah lesap begitu sahaja kerana beliau telah tidak membenarkan saya masuk ke flat tersebut. Walaupun saya menuntut dikembalikan wang saya sebanyak RM1,200.00, beliau hanya mentertawakan saya dan membiarkan saya dalam kesusahan. Saya tidak pasti berapa ramai sudah manusia yang telah menjadi mangsa penipuan Mohd Nor Effendi.

Saya merayu jasa baik pihak atasan supaya menyiasat siapa sebenarnya Mohd Nor Effendi yang mendakwa adalah seorang anggota Platun 3, Kompeni A, Kem Air Panas PGA, Tawau.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

SITI M

(NOTA : Identiti pengadu sengaja dirahsiakan bagi mengelak dari pengetahuan umum)

No comments:

Post a Comment