SEMPENA Hari Raya Aidil Adha, saya selaku Ketua Editor Sabahkini.net serta krew yang bertungkus lumus setiap hari menyajikan berita untuk rakyat Sabah, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua Umat Islam di seluruh Sabah dan pembaca Sabahkini.net di seluruh dunia.
Pada hari yang mulia ini, saya bagi pihak Sabahkini.net dan SabahkiniTV menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf daripada pembaca dan pengomen Sabahkini.net yang telah memberi teguran yang membina bagi memperbaiki laman web ini; sekiranya sebarang artikel yang dimuatkan di laman web ini menggasak adrenalin dan membuatkan kemarahan anda membuak-buak; terutama yang merajuk sehingga ‘Check Out’ dari laman disqus Sabahkini.net tetapi kembali lagi dengan ID yang lain.
Walaupun Sabahkini.net dan SabahkiniTV adalah media bebas yang mendukung Bill Of Guarantee (BoG), namun akan sedaya upaya menjaga sensitiviti antara kaum, tetapi ada kalanya tergelincir kerana lebuhraya siber begitu lebar (Broadband) sehingga ada kalanya menimbulkan pelbagai kontroversi antara editor, krew dan pembaca.
Sempena Hari Raya Korban ini, Sabahkini.net dan SabahkiniTV tidak bermaksud untuk mengorbankan sesiapa, namun jika ada yang terkorban akibat artikel Sabahkini.net atau SabahkiniTV, maka itu adalah kesilapan mereka sendiri. Tugas Sabahkini hanya mendedahkan segala jenayah sosial yang tersorok selama ini.
Salam Hormat,
MUTALIB M.D & SERINA
No comments:
Post a Comment