Wednesday, 23 January 2013

HAPUSKAN EGO PETRONAS UNTUK MENANG PRU-13?







PETRONAS Ada Sedikit Masalah Ego dan Petronas Perlu Ditransformasi dan ini adalah berkisar berkenaan Petronas Membunuh Kontraktor dan Industri Tempatan. Apakah disengajakan kerana sudah punya ‘Taukeh’?

Rakyat Sabah TIDAK BERANI bersuara secara terang-terangan, biasanya hanya menunggu Pilihanraya sahaja melalui pembuangan undi dan semoga slogan 'INI KALILAH' akan menjadi slogan pada PRU-13.

Kebanyakan YB-YB Parlimen atau DUN;

a.      Tidak tahu akan perkembangan
b.      Tidak mendapat 'update'
c.       Tidak mahu mengambil tahu
d.      Tahu tetapi secara diam-diam bermain dari pintu belakang
e.      Kurang bijak. Dalam keadaan ini rakyat harus tukar mereka.

Manakala orang di dalam Petronas ada 'krew' yang akan membuat kerja dari atas sehingga ke bawah.

Membunuh Industri Yang Ada Di Sabah

Petro Pipe Sabah: Jika tidak disekat seperti yang dilakukan China, Petro Pipe Sabah bakal gulung tikar kerana tidak mampu bersaing dengan pipe (untuk piling Jetty SAMUR) dari China.

Walaupun harga kontraktor China dengan kontraktor-kontraktor lain sama tetapi Kontraktor China akan mendapat Rebet Tax dari kerajaan mereka sebanyak 17%.

Maka sudah tentu mereka akan mempunya advantage tinggi untuk memberikan harga yang rendah kepada Petronas.

Walaupun banyak Negara yang sudah sedar akan perkara ini dan telah mengambil tindakan dengan menghalang produk-produk dari China masuk ke Nnegara mereka seperti Amerika Syarikat dan Europe.

Petro Pipe Sabah yang merupakan pengilang yang mengeluarkan pipe  untuk industri minyak dan gas telah memberhentikan pekerjanya seramai hampir 200 orang kerana tidak mampu bersaing dengan China.

Tetapi dalam kes SAMUR, Petronas dan Apex tidak mempedulikan akan hal-hal ini. Apa  yang mereka tahu ialah 'harga rendah', ‘harga rendah', 'harga rendah' samalah seperti “listen!” “listen!” “listen!”

Tetapi Petro Pipe Sabah boleh pula bekalkan Paip untuk piling di projek Petronas di Melaka dan Penggerang, Johor.

Tetapi kenapa tidak (kemungkinan) ke SAMUR? Mana silapnya? Apakah silap ini hanya pada Petronas? Hanya pada APEX/MHI/REKAYASA/Sabah Energy Corporation?

Bagaimana dengan Menteri-Menteri di Sabah? Bagaimana dengan YB-YB Parlimen dan DUN? Sekarang ini hanya seorang sahaja Menteri di peringkat Persekutuan yang berani bersuara iaitu Datuk Seri Panglima Anifah Haji Aman. 

Tetapi Anifah seperti bermain guli secara bersendirian sahaja. Yang lain sama ada tidak tahu perkembangan, tidak mendapat 'update', tidak mahu mengambil tahu, tahu tetapi diam-diam atau tidak tahu sama sekali atau dalam bahasa lainnya kurang bijak atau malas.

Kilang Petro Pipe Sabah yang menelan kos hamper RM300 juta dinaikkan pada tahun 2007 untuk membekal Gas Pipe ke Petronas Carigali untuk Projek Sabah-Sarawak-Gas Pipeline (SSGP).

Petro Pipe Sabah yang juga dikenali sebagai PPS adalah merupakan kilang pipe terbesar di Malaysia dan merupakan kilang pipe terbaik lagi teratur. Selain itu kilang ini juga mengeluarkan pipe bermutu tinggi yang menepati piawaian antarabangsa iaitu API Standard.

Mana silapnya dalam kita menyokong industri tempatan? Perlu diingat bahawa membunuh industri tempatan seperti kilang Petro Pipe Sabah ini juga menyebabkan ramai anak tempatan yang berkemahiran tinggi telah hilang pekerjaan dan terpaksa berhijrah keluar.

Ini secara langsung telah membunuh industri tempatan untuk terus berkembang di Sabah. Begitu juga industri-industri kecil yang menyokong industri seperti Petro Pipe Sabah ini seperti katering, membekal bahan mentah tempatan, peruncitan, pembersihan dan pengangkutan.

Sudah tentunya enterprise-enterprise ini juga hilang sumber rezeki. Betul juga kata-kata Menteri Luar yang juga YB Kimanis pada ketika ini dalam artikelnya sebelum ini bahawa satu Tranformasi dalam Petronas harus dijalankan. Mereka harus tahu menimbang keuntungan dengan membantu membangunkan kontraktor tempatan dan industri-industri sokongan.

Walaupun telah ditegur oleh beberapa pemimpin-pemimpin tinggi Negara termasuklah bekas Perdana Menteri Tun Mahathir bahawa GLC sudah lari dari dasar ekonomi baru yang sepatutnya membantu menaikkan syarikat-syarikat kecil tempatan terutamanya di kalangan Bumiputra.

Tetapi nampaknya pemimpin-pemimpin atasan Petronas ini lebih cenderung untuk melihat agar pendapatan mereka itu naik berlipat kali ganda dari sebelumnya sebagai KPI agar mereka ini terus boleh duduk di bangku kulit mereka di Menara Berkembar Petronas.

Walaupun saya dapati beberapa YB bertemu mereka, tetapi nampak gayanya mereka ini kelihatannya lebih sombong dan bongkak sehingga sanggup berkata akan menasihati Petronas untuk keluar dari tempat mereka jika apa yang mereka kehendaki tidak dapat diberikan oleh kerajaan negeri dan tempatan. Begitu sombong dan bongkak.

Salam Hormat,

RAFFI AHMAD

No comments:

Post a Comment