SEMANGAT....PARA
penyokong Parti PKR Ranting Kg
Forest bergambar bersama-sama para
pemimpin kanan parti Pakatan Rakyat.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto
:SAFFIE S JUMADI
RAKYAT di negara ini sudah
jelak dan bosan terhadap gelagat para pemimpn UMNO dan BN yang banyak membuat
janji itu dan ini tetapi hanya 30
peratus saja yang ditunaikan dan selebihnya akan ditunaikan bila menjelangnya
kempen pilihanraya untuk memancing undi rakyat.
Kalaupun ada kemudahan-kemudahan yang diageh-agehkan hanya
kaum kerabat dan kroni-kroni ADUN saja yang selebihnya hanya menungguh bila
bulan dan bintang jatuh keribah.
Memang tidak dinafikan sejak
kebelakangan ini kerajaan BN banyak menyalurkan pelbagai jenis bantuan tidak
putus-putus kepada rakyat tetapi itu
duit siapa yang mereka gunakan tersebut adalah duit rakyat. Para pemimpin BN/UMNO menggunakannya untuk
menambat hati rakyat dengan bermacam-macam tipu muslihat.
Mazri Nasir Ketua Cabang
Parti KeAdilan Rakyar (PKR) Sandakan berkata demikian ketika berucap di majlis
perjumpaan Siratulrahim dengan penduduk
Kampung Forest DUN Elopura, malam
tadi.
Katanya kerajaan Bn/UMNO
banyak membuat hati rakyat Sabah marah kerana telah mencabuli hak-hakm asasi
rakyat contohnya perampsan tanah-tanah milik orang-orang kampung yang telah
diusahakan selama 4 generasi dengan senang wenangnya tanah-tanah mereka jadi
milik orang-orang Cina Semenanjung yang didalangi oleh Pengarah Tanah dan Ukur
untuk menukar geran-geran bertitle NT menjadi CL.
Tambah Mazri lagi, kerajaan
BN/UMNO begitu mudah memberikan taraf atau status Warganegara Malaysia kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dengan memberikan Mykad walaupun mereka baru
menetap di negera ini khususnya di Sabah
dalam masa yang singkat sahaja.
HILANG.....Steven
Wong (kanan) menyatakan 90 peratus masyarakat Cina hilang keyakinan kepada kerajaan
BN. Manakala Mazri mendakwa UMNO/BN pentingkan PATI daripada penduduk asal jati Sabah.
"Ramai PATI yang mempunyai mykad songsang terus
terpelihara dengan sempurna oleh para pemimpin UMNO dengan memberikan pelbagai
kemudahan seperti permit bas, permit teksi dan lesen-lesen kontraktor, manakala
orang tempatan anak jati Sabah terus terpinggir dan tersisih berbanding PATI
yang mendapat pelbagai keistimewaan,” ujar Mazri.
Majlis perjumpaan tersebut
yang buat pertama kalinya diadakan di kampung berkenaan anjuran bersama PKR dan
DAP mendapat sambutan yang menggalakan lebih 200 penduduk setempat menghadiri
program yang bermula dari jam 7.00 malam hingga jam 11.30 malam.
Sementara itu, dalam ucapan
Pengerusi DAP Sandakan, Steven Wong menjelaskan masyarakat Cina di Sandakan sudah menolak kepimpinan Musa dan Najib kerana mereka terlalu
memanjakan para Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sehingga mereka diberikan mykad secara
songsang sehingga menyebabkan masyarakat Cina sudah benci kepada kerajaan BN.
“Sekarang parti DAP di Semenanjung
dan Sabah sudah diterima oleh masyarakat Bumiputera dan Melayu dan ramai yang
sudah menjadi ahli DAP yang terdiri daripada generasi muda,” tegas Wong.
Kebanyakan ahli Gerakan,
UMNO dan LDP ramai yang terdiri daripada golongan orang tua bangka, kerana kata
Wong, berbanding Pakatan rakyat yang disokong oleh golongan muda yang
berwawasan jauh.
Wong yakin kali ini parlimen
Sandakan, Batu Sapi dan Beluran bakal menjadi milik parti Pakataran Rakyat
selepas PRU-13 nanti kerana orang Kadazan, Dusun, Cina, dan bumiputera Islam
sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan UMNO/BN.
Sebagai bukti kata Wong, di
Pasar Umum Bandar Sandakan boleh dikira dengan jari siapa yang ramai berniaga
di pasar yang diberikan lesen oleh pihak MPS.
"Orang Cina tidak lagi
sampai 20 peratus kerana bakinya adalah warganegara mi segera," kata Wong
yang bakal merebut kerusi Parlimen Sandakan pada PRU 13 kelak.
No comments:
Post a Comment