TABOO....Jahja
berkata perkataan Allah itu tidak boleh diterjemahkan.
Oleh : MOHD FARHAN DARWIS
KUALA LUMPUR : Penganut
agama Kristian perlu memahami kalimah ‘Allah’ sebagai kata nama Tuhan atau
sembahan khas bagi umat Islam telah berlaku sejak lama dahulu, kata Paderi dari
Indonesia, Jahja Iskandar.
Memetik laporan akhbar
Mingguan Malaysia hari ini, Jahja (atau disebut Yahya) berkata perkataan Allah
itu 'TIDAK BOLEH' diterjemahkan kerana ia merupakan kata nama khas untuk Tuhan
kepada komuniti Muslim.
“Lihat sahaja dalam kitab
suci umat Islam, al-Quran sama ada dalam terjemahan bahasa Inggeris, bahasa
Belanda waima bahasa Melayu sekalipun, kalimah Allah terang-terangan disebut
tanpa sebarang perubahan.
“Dari sudut pandangan
linguistik, setiap sembahan atau Tuhan harus memiliki nama. Dan Tuhan orang
Islam adalah Allah, ia tidak boleh diterjemahkan kerana ia merupakan kata nama
khas,” kata Jahja dipetik Mingguan Malaysia.
Jahja yang ditemui di
Jakarta berkata, berdasarkan kajian yang dijalankanny, Tuhan Kristian
berdasarkan bahasa asli perjanjian lama adalah Elohim.
“Seandainya diterjemahkan
kepada bahasa Arab, maka yang tepat menggantikan Elohim adalah Ilah, bukan
Allah,” katanya, dan menambah terjemahan itu dibuat berasaskan terjemahan
paling awal ke bahasa Arab iaitu Inskripsi Zabad pada tahun 512.
Paderi Indonesia itu
menjelaskan, nama Allah sangat konsisten
berdiri atas namanya sendiri dan tidak diterjemah berasaskan berasaskan bahasa suku,
seperti mana kalimah Elohim.
Beliau turut mengemukakan
contoh bagaimana kalimah Elohim diterjemah kepada beberapa bahasa suku, seperti
Tete Manis bagi Kristian Maluku, Jubata (Kristian Dayak), Diyos (Kristian
Filipina), God (Kristian Amerika Syarikat), dan Theos (Kristian Yunani), serta
banyak lagi.
“Ini yang membezakan Tuhan
Islam dan Kristian ... Tuhan Islam sangat konsisten iaitu Allah.
“Nama Allah tiada terjemahan
atau dialih bahasa, ini harus menjadi ingatan penganut Kristian,” katanya.
Polemik penggunaan kalimah
Allah sejak sekian lama menjadi pertikaian di Malaysia berikutan permohonan
akhbar Kristian Katolik Herald untuk menggunakan perkataan itu dalam
penerbitannya.
Perkataan Allah juga telah
diguna pakai sejak lebih 50 tahun lalu dalam Bible berbahasa Melayu, Al-Kitab,
di Sabah dan Sarawak untuk penganut Kristian di sana yang kebanyakan adalah
penduduk pribumi, yang menerima Bible berbahasa Melayu yang di bawa masuk dari
Indonesia.
Kalimah itu kemudiannya
kembali menjadi topik hangat setelah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng
melalui perutusan Krismasnya menggesa kerajaan Barisan Nasional memberikan
kebenaran untuk komuniti Kristian menggunakan perkataan tersebut.
Tindakan beliau itu
kemudiannya mendapat respon pelbagai pihak, termasuk pemimpin politik, malahan,
PAS juga turut membuat ketetapan perkataan itu boleh digunakan bukan Islam,
namun tidak boleh ditafsirkan kepada mana-mana bahasa atau sebaliknya.
Pakatan Rakyat bagaimanapun
mengambil ketetapan perkataan Allah boleh digunakan kelompok bukan Islam.
Sultan of Selangor Sultan
Sharafuddin Idris Shah, melalui Majlis Agama Islam Selangor, juga turut
bertitah dan menegaskan perkataan Allah adalah hak Muslim dan golongan bukan
Islam dilarang sama sekali menggunakannya. (TMI)
No comments:
Post a Comment