Saudara Pengarang,
TINDAKAN Tun Dr Mahathir
mengakui 'IC Projek' itu berlaku adalah disebabkan dia tidak mampu lagi untuk
berselindung daripada salahlaku atas tindakan pemberian IC secara haram itu
yang telah dihalalkan dan diluluskan secara bersindiket melalui agensi JPN.
Terlalu ramai orang yang
menjadi saksi atas perbuatannya yang terkutuk. Kini dia sedang mencari alasan
untuk menampakkan tindakannya itu sesuatu yang tidak salah dan sah di sisi
undang-undang.
Wahai saudara saudari
sekalian, kini dia sedang menggunakan alasan mengenai pemberian satu juta
kerakyatan di Malaya untuk disamakan dengan IC Projek di Sabah. Perlu diingat
bahawa sejarah pemberian kerakyatan itu sungguh jauh sekali tujuannya.
Pemberian IC di Malaya itu
dilakukan sebelum Malaya mencapai kemerdekaan yang merupakan satu tindakan yang sah di sisi
undang-undang melalui prinsip kerakyatan Jus Soli sebagai prasyarat kemerdekaan
Malaya.
Berlainan pula isu pemberian
kerakyatan di Sabah. Ia dilakukan bukan untuk kemerdekaan, tetapi adalah
bermotifkan politik 100% untuk mengukuhkan parti-parti malaya di bawah pimpinan
parti UMNO-BN.
Mahathir menegaskan bahawa
dia mengikuti lunas undang-undang dalam pemberian IC, tetapi apakah yang dia
gunakan sebagai panduan dalam pemberian IC tersebut?
Adakah apabila orang asing
itu pandai bercakap bahasa 'Melayu' dan beragama 'Islam' maka boleh terus
menjadi Malaysia tanpa tapisan keselamatan?
Adakah mereka ini sudah
mencapai pemastautin tetap selama 12 tahun (minimum)? Setahu saya, pemberian IC
Projek ini sangat canggih. Hari ini PATI itu sampai ke Sabah, kelmarin lagi IC
itu sudah disiapkan untuk mereka. Apa lagi alasan yang digunakan olehnya?
Inilah yang terjadi jika orang
asing (bapanya adalah orang India dari Kerala) yang telah diberikan kerakyatan dan
dibenarkan menjadi pemimpin. Hasilnya adalah seperti yang anda dapat lihat
daripada kerja dia selama bergelar pemimpin Malaysia/Malaya.
Saya ingin menyeru kepada
semua Warga Sabah, Bangsa yang Merdeka dan Berdaulat untuk berdiri teguh dalam
isu ini dan menentang tindakannya habis-habisan yang kotor dan sungguh
menjijikkan agar keselamatan dan kesejahteraan Sabah dipelihara selamanya!
Salam Hormat,
BORNEON
No comments:
Post a Comment