POLIS menangkap seorang
lelaki yang mengaku diri sebagai nabi dan menipu pengikutnya dengan meminta
harta serta membolehkan dia meniduri isteri para pengikutnya.
Lelaki 48 tahun bernama
Bantil yang berkerja sebagai guru agama itu mempunyai kira-kira 50 pengikut
yang tinggal dalam kampung mereka dalam Kabupaten Kutai Timur, Kalimantan
Timur, Indonesia.
Para pengikutnya
memanggilnya Syekh Muhammad dan dia mengaku sebagai Nabi, walaupun disebutkan
ajarannya menyimpang dari nilai-nilai Islam.
Seperti dipetik The Jakarta
Globe pada Khamis 13/12 lalu mengatakan, para pengikut mengaku diminta
menyerahkan wang kepada Bantil si nabi palsu maka dosa-dosa para pengikutnya
akan diampuni. Jika pengikutnya tidak punya wang, maka Bantil harus dibenarkan
meniduri isteri para pengikutnya agar dosa mereka boleh diampunkan.
"Kami menangkapnya
selepas menerima laporan daripada penduduk," kata Budi. "Setakat ini
hanya satu orang yang dilaporkan ditipu oleh pelaku (Bantil) dengan memberikan
170 juta rupiah bagi membersihkan dosa-dosanya. Kami mengesyaki puluhan isteri
para pengikutnya sudah ditiduri Bantil bagi menghapuskan dosanya. Kami masih
menyiasat perkara itu," jelas Budi.
Budi juga menjelaskan polis
telah mengumpulkan beberapa alat bukti termasuk peranti bagi ritual seperti
serban, boneka, kayu azimat, wang kertas dan tanda terima atau nota bayaran
daripada pengikutnya.
Bantil sendiri telah mengaku
meniduri isteri puluhan pengikutnya dengan alasan 'membersihkan dosa-dosa
mereka'. Polis juga mengesyaki Bantil menyihir para mangsanya.
Polis mengaku telah
berunding dengan Majlis Ulama Indonesia (MUI) dan Kementerian Agama tentang
sekte Bantil, dan kedua-dua badan agama itu menyatakan kepada polis bahawa
ajaran Bantil telah melencong dari Islam.
Polis juga telah berbincang
apakah Bantil juga akan disabit dengan kesalahan penodaan agama.
Bantil dijelaskan memulakan
ajaran menyimpangnya pada tahun 2006. Untuk mengaburi para penduduk tempatan ia
mendirikan sebuah desa khusus bagi pengikutnya.
Pada 2008, seorang warga
sudah menyatakan menentang adanya nabi palsu dalam desa tersebut, namun polis
tidak dapat menangkapnya kerana kurang bukti.
No comments:
Post a Comment