SALAM...Dato
Sri Nasir (tengah) diringi A.M.Ibnu (dua kiri); Datin Norlaila Md.said (empat
kiri) dan Abd.Samat (belakang tiga kiri) bersalaman dengan sebahagian Hujjaj
sempena Perhimpunan Saudara Hujjaj & Imam-Imam Daerah di Dewan Polis
Marin,Semporna.
Oleh : ARSHAD HUSSIN
SEMPORNA: Menteri di Jabatan
Ketua Menteri Sabah,Dato Sri Nasir Tun Sakaran,mengingatkan imam-imam di negeri
ini sentiasa menjaga kepribadian sebagai imam dan pemimpin masyarakat Islam
disamping orang yang bertanggungjawab melaksana hukum dan undang-undang agama
Islam.
Katanya, keperibadian setiap
imam hendaklah sentiasa dijaga supaya tidak dipandang rendah oleh masyarakat
dan penganut agama lain.
Beliau berkata demikian
sempena menghadiri majlis Perhimpunan Persaudaraan Hujjaj & Imam-Imam
Daerah anjuran Tabung Haji Daerah Semporna di sini.
Hadirsama sempena majlis itu
Pengarah Tabung Haji Negeri Sabah, Datin Norlailah Md.Said; Pegawai Daerah
Semporna, Abdul Ibnu A.K.Baba; Pengurus Tabung Haji Daerah Semporna, Haji
Abd.Samat Mansor; Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Dun Senallang, Haji Tahir Amir;
Ketua Daerah Semporna Kawasan Senallang, OKK Haji Musa Sabaani; Pegawai Tadbir
JHEAINS Semporna, Ustaz Losman Linjal Al-Hafidz dan Imam Daerah, Ustaz Haji
Isthial Daniel.
Nasir berkata, para imam
juga hendaklah menyediakan diri dengan ilmu yang mencukupi bagi membolehkan
mereka melaksanakankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih effisyen; di samping
bukan sahaja perlu mahir dalam ilmu Fardhu Ain malah mereka juga seharusnya menguasai kemahiran
lain seperti ilmu Psikologi, Kaunseling dan perlu memainkan peranan; kerana
mereka merupakan sebuah institusi barisan hadapan yang dapat mencorakkan
pemikiran masyarakat Islam.
Selain itu katanya, mereka
(imam-imam) juga merupakan Agen penting dalam menyampaikan hasrat kerajaan
untuk memajukan negeri ini dari sudut pengembangan dan dakwah Islamiah serta
membina umat yang berdaya maju serta berilmu.
Nasir yang juga Menteri
bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri sabah
menambah,memandangkan jawatan Imam adalah jawatan yang sangat penting dalam
masyarakat Islam, mereka sewajarnya mewarisi peranan yang dimainkan oleh
Rasulullah S.A.W; bukan sahaja dalam membimbing solat malah penting dalam
membentuk masyarakat yang taat beribadah dan sentiasa mengutamakan kepentingan
hukum-hukum agama apabila bertembung dengan pelbagai permasalahan dalam
mengharungi kehidupan yang semakin mencabar pada masa kini.
Selain itu Nasir yang juga
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang, memuji usaha yang yang
dilakukan Tabung Haji dalam menganjurkan program tersebut dalam usaha
mengeratkan hubungan silaturrahim sesama jemaah haji tahun 2012 dengan
imam-imam serta masyarakat Islam setempat.
Katanya, para jemaah haji
perlu terus mengamalkan ilmu dan pengalaman yang diperolehi semasa mengerjakan
ibadah haji di tanah suci tahun lalu.
Ujarnya lagi, tidak bermakna
selepas mengerja haji kita lalai dan leka menunaikan ibadah solat serta
rukun-rukun Islam yang lain apabila sudah pulang ke tanah air.
Nasir berkata, semua jemaah
haji seharusnya menjadikan teladan dan contoh kehidupan sepanjang mengerjakan
ibadah haji di Tanah Suci Mekah sebagai pemangkin kepada umat Islam yang taat
dan mengutamakan semua rukun Islam dalam kehidupan harian.
Katanya, sepanjang berada di
Mekah semua jemaah haji sanggup berkorban masa; tenaga dan wang ringgit
semata-mata untuk menunaikan ibadah tetapi apabila sudah berada di tanah air
dan tinggal di kediaman yang selesa serta masa dan ruang waktu yang panjang
seharusnya kita lebih fokas dan rajin mengerjakan ibadah solat.
Sehubungan itu juga, Nasir
menasihatkan semua jemaah dan para imam terus berusaha mengekalkan perpaduan di
kalangan rakyat serta sentiasa menyampaikan maklumat mengenai hal ehwal agama
kepada masyarakat Islam di kawasan masing-masing.
No comments:
Post a Comment