Thursday, 3 January 2013

OSMAN JAMAL CALON BN DI KALABAKAN?






Saudara Pengarang,

SAYA memohon dapatlah kiranya Sabahkini.Net menyiarkan artikel ini untuk mendedahkan perilaku Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur yang bakal menghancurkan kerajaan BN/UMNO  pada PRU 13 nanti.

Kes tanah Koyah A Fasa I, II dan III nampaknya  semakin panas dan menjadi isu bukan sahaja di kalangan ahli-ahli politik pro pembangkang, bahkan dijadikan bahan cerita di kalangan ahli-ahli UMNO/BN sendiri.

Dianggarkan 90 peratus para pemilik tanah tersebut yang melibatkan kaum keluarga terdekat masing-masing menuding jari ke arah Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Datuk Osman Jamal yang bersekongkol dengan Fordeco dan Bagusmaju Plantation untuk mendapatkan habuan yang lumayan.

Menurut Peguam Tetuan Aisah Ahmad & Co yang dilantik oleh 400 pemilik tanah tersebut; mendedahkan dengan terperinci di hadapan  anak guamnya semasa di sidang akhbar yang beberapa kali diadakan iaitu yang pertama di Dewan Masyarakat Sandakan; kedua di Ballroom Sandakan Hotel dan yang ketiga baru-baru  ini di Sandakan Hotel juga.

Kesemua pemilik tanah berkenaan menyalahkan Osman Jamal sebagai petualang bangsa.

Mereka berpendapat gara-gara perbuatan Osman Jamal yang menjadi dalang dalam kes penipuan tanah ini, jelas telah menimbulkan kemarahan  400 orang pemilik yang  menjadi mangsa keadaan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana yang turut terpalit ADUN Sukau  Saddi  Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin.

Mereka sebenarnya tidak menyalahkan Bung dan Saddi; tetapi oleh kerana perbuatan Osman yang menyakitkan hati para pemilik tanah tersebut sekaligus mereka juga pengundi tegar BN/UMNO telah menimbul rasa kebencian mereka terhadap kerajaan yang ada sekarang kerana terus membiarkan Osman Jamal terus melakukan penipuan kepada anak jati bangsa Sungai Kinaabatangan.

Ramai di kalangan mereka yang  menjadi mangsa keadaan atas tindakan Osman Jamal yang bersekongkol kepada Fordeco dan Bagusmaju mahu dan mendesak kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj Aman dan ADUN Sukau dan ADR Kinabatangan mengadakan mesyuarat untuk mengambil tindakan tegas kepada Osman Jamal yang merupakan gunting dalam lipatan atau duri dalam daging; bukan sahaja kepada Jabatan Tanah dan Ukur  (JTU) bahkan kepada kerajaan BN/UMNO.

Dengan khabar, Osman bakal menjadi calon UMNO/BN bertanding di Kalabakan pada PRU 13 nanti. Malangnya, Osman yang sering menipu rakyat ini, layakkah menjadi calon BN kerana belumpun jadi wakil rakyat sudah menunjukkan tembelangnya.

Tambahan pula, kalau dia jadi wakil rakyat BN, 80 peratus bangsanya Bugis akan dipanggil dari Sulawesi datang ke Sabah sebagai bumiputera 'bidan terjun' dan semestinya mereka akan mendapat kerakyatan songsang iaitu Kad Pengenalan projek sebagaimana yang pernah dilakukan sebelum ini.

Lihat sahaja di Kinabatangan, penduduk asal bangsa Sungai baru berjumlah 31,000 orang, sedangkan bangsa Bugis (PATI) yang sudah mempunyai Mykad berjumlah 174,000 orang; majoritinya tinggal di Kinabatangan belum sampai dua tahun, telah menjadi warganegara Malaysia secara mendadak dengan Osman Jamal.

Menurut Peguam Aisah Ahmad, beliau mendapat maklumat daripada Puan Asmah iaitu Pembantu Peribadi (Personnel Assistant) Fordeco dan Bagusmaju; setiap bulan Osman Jamal pergi ke Lahad Datu berjumpa dengan Managing Director iaitu Alvin Kwan untuk mengambil imbuhan bulanan daripada kedua-dua syarikat tersebut.

400 pemilik tanah mahu tahu, apa hubungan sebenar Osman Jamal dengan Fordeco dan Bagusmaju kenapa Osman Jamal mendapat ganjaran setiap bulan daripada syarikat berkenaan?

Kenapa pihak SPRM yang mengetahui hal ini, hanya berdiam sahaja tanpa menjalankan siasatan terhadap  Osman Jamal. Mungkin juga pegawai SPRM bersekongkol kerana rakyat di Sabah sudah hilang keyakinan terhadap peranan dan pentadbiran SPRM.

Persoalannya, mengapa kalau orang korporat atau orang yang berjawatan tinggi seperti Osman Jamal, walaupun secara terang-terang melakukan rasuah beratus-ratu ribu ringgit, SPRM hanya tutup sebelah mata dan tidak berani menyiasat; berbanding dengan anggota polis yang menerima rasuah RM20, terus didakwa di mahkamah.

Jika BN/UMNO mahu menang di Kinabatangan, kerajaan harus pecat Osman Jamal kerana orang ini amat berbahaya daripada musuh-musuh negara luar. Sewajarnya menarik balik kerakyatannya sebagai Warganegara Malaysia dan hantar balik ke tempat kelahirannya di Sulawesi, Indonesia.

Salam Hormat,

MULUK GUNSIAU @ TAMSI
Kg Kaliwantu, Tongod

No comments:

Post a Comment