SEMANGAT...HJ
Adhah bersama-sama dengan pemimpin kanan PAS bersemangat memberikan sokongan
padu kepada PAS.
Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto
: JUHARI KADIR
RAKYAT di kawasan DUN Sukau
yang terdiri daripada masyarakat Sungai harus membuka mata dan sedar terhadap
tindak tanduk para pemimpin Barisan Nasional (BNUMNO) yang banyak menabur janji manis tetapi hanya sekelumit
sahaja yang ditunaikan, selebihnya dibolot oleh kroni dan proksi.
Lantaran itu, seramai 400
orang pemilik tanah di Sungei Koyah A, Fasa I,II dan III yang merupakan pengundi
tegar UMNO/BN bakal kehilangan tanah disebabkan ketamakan orang tertentu yang
bersekongkol dengan para kapitalis merampas tanah-tanah mereka telah bertekad
meninggalkan UMNO/BN.
Demikian dijelaskan sendiri
oleh mantan Naib Ketua Bahagian UMNO Kinabatangan, Hj Adhah Hj Sulaiman yang
keluar daripada UMNO dan kemudian menyertai PAS pada majlis Kebangkitan Rakyat
Kinabatangan Siri II yang diadakan di kediamannya, di Kampung Batu Putih,
kelmarin.
Katanya, Pakatan Rakyat (PR)
yang dianggotai oleh PAS sekarang bukan sahaja mendapat sokongan padu di
Semenanjung; bahkan di Sabah mula diminati seluruh lapisan masyarakat di Sabah kerana
sudah jelak dengan pembohongan demi pembohongan Wakil Rakyat BN.
“Kenapa saya keluar UMNO? Saya
sudah bosan dengan gelagat para
pemimpinnya yang cakap tidak serupa bikin. Paling menyedihkan kerana mereka
hanya menjaga kebajikan PATI yang mendapat IC Projek dengan memberi pelbagai
kemudahan, tetapi anak watan terus terpinggir," ujar Haji Ahdah yang
melihat RCI Sabah hanya untuk mengesahkan kerakyatan songsang PATI, bukannya
untuk mengatasi masalah nombor satu di Sabah.
Kata Hj Adhah lagi, seramai
400 orang pemilik tanah Sungei Koyah A
sudah memberi isyarat jelas kepada kedua-dua wakil rakyat iaitu ADUN
Sukau dan ADR Kinabatangan, sekiranya tidak dapat menyelesaikan masalah tanah; maka
mereka akan keluar beramai-ramai menyertai parti PR agar mendapat pembelaan di
mahkamah.
No comments:
Post a Comment