Oleh: KREW SABAHKINI.NET
SEORANG pemilik tanah yang
mendakwa salinan geran tanah dan kad pengenalannya dipergunakan, kononnya
berurusan dengan Bank Negara kira-kira tiga bulan lalu, meminta kerjasama Timbalan
Ketua Pergerakan Pemuda Upko Kuala Penyu, Fredoline Pingo (Gambar) datang menemui
mereka dan menyelesaikan urusan dengan mereka.
"Macam-macam khabar
angin saya dengar. Sebab itu dia perlu tampil berjumpa dengan kami, kita mahu
dengar penerangan dia sendiri," katanya.
Walaupun terlalu sibuk sejak
menjadi jutawan segera, dia patut datang melihat kami dan menjelaskan keadaan
yang sebenar.
Katanya, wakil dia sebelum
ini mendesak kami menyerahkan salinan geran tanah dan dokumen pengesahan dari
Jabatan Tanah serta salinan kad pengenalan yang disahkan Jabatan Pendaftaran
Negara dengan segera tetapi selepas itu dia biarkan kami begitu saja.
"Hanya dalam beberapa
bulan ini, kami dapati dia hidup mewah dan terlalu kaya. Apa punya cerita ini,
dia patut kongsi rahsia kejaiban itu dengan kami," ujar tuan punya tanah
itu.
Yang menghairankan, tambah
beliau, ada beberapa kawannya yang menyerahkan salinan geran tanah itu
bersamanya untuk urusan yang sama sebelum ini sudah juga menjadi kaya dengan
tiba-tiba; malah dua orang daripadanya sudah membeli kereta mewah Super King
dan seorang lagi telah membeli mesin jentera berat baru yang harganya sangat
tinggi.
Perubahan cara hidup
kawan-kawannya telah menimbulkan kecurigaan beliau dan kerana itu, "saya
tidak akan berdiam diri.".
"Apabila saya tanya
wakilnya, mulanya dia cakap sudah okey, tunggu saja. Tapi saya percaya mereka
paksa dia pusing dia punya cakap," katanya.
"Hanya saya saja
dipermain-mainkan, ini tidak patut dan dia (Fredoline) harus menjelaskan kepada
saya, apa semua ini," jelasnya.
"Jika dia tampil dan
menemui saya sekurang-kurang hati saya rasa puas. Saya bukan mahu merompak wang
dia yang terlalu banyak itu," katanya.
Menurut beliau, lebih baik
dia datang berjumpa kami yang jadi mangsanya sebab di mana dia mahu lari,
kebanyakkan orang sudah tahu perbuatan mereka.
No comments:
Post a Comment