Monday 18 July 2011

47 DITAHAN DALAM OPS KUTURAYA DI TAWAU



SERAMAI 47 orang pengemis, penjual rokok haram dan orang kurang siuman ditahan dalam operasi bersepadu di sekitar bandar Tawau semalam.

Operasi dua jam sekitar bandar yang diketuai oleh Ahmad Razalie, pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat itu turut membabitkan petugas dari Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Jabatan Pendaftaran Negara, Kastam, Jabatan Kesihatan, Imigresen dan polis.

Ahmad Razalie berkata operasi itu bertujuan membersihkan bandar Tawau daripada pengemis, orang kurang siuman, kutu rayau serta penjual rokok haram dan antara yang ditahan termasuk kanak-kanak berumur enam tahun.

"Jabatan Kebajikan banyak menerima aduan daripada orang ramai berkaitan gangguan orang kurang siuman dan golongan pengemis kanak-kanak di sekitar bandar," katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan.

Katanya semua yang ditahan berumur antara enam dan 45 tahun. (BERNAMA)

6 comments:

  1. Keep up the efforts.

    ReplyDelete
  2. golongan kutu rayau ni harus dibanteras kerana ia merosakkan pandangan dan imej di sesuatu bandar. harap usaha ini dilakukan di bandar2 lain di seluruh negeri.

    ReplyDelete
  3. mmg patut mereka ni ditahan, cemarkan bandar Tawau sahaja.

    ReplyDelete
  4. usaha seperti ini perlu diteruskan lagi pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  5. Harap usaha ini dapat dilakukan juga untuk menyelesaikan PATI di kawasan tersebut..

    ReplyDelete
  6. kalau dapat dijalankan disemua bandar di Sabah lagi bagus.

    ReplyDelete