Tuesday 19 July 2011

MPS GAGAL KUATKUASA UNDANG-UNDANG



CEROBOH…...Kelihatan sebuah motorsikal diletak sembarangan tanpa sebarang pemantauan pihak berkuasa.

Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

SUDAHLAH kawasan bandar Sandakan kekurangan tempat letak kereta, sikap penunggang motorsikal menambah burukkan keadaan dengan meletakkan motorsikal mereka sesuka hati sehingga menyulitkan pemilik kenderaan lain meletakkan kenderaan di petak yang disediakan.

Seorang pemandu, Amat yang menghubungi Sabahkini.net setelah gagal meletakkan kenderaannya setelah berlegar-legar hampir satu jam di kawasan Old Slipway, tetapi malang kerana satu petak kosong digunakan oleh sebuah motorsikal.

“Saya panggil Unit Penguatkuasa Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) agar tuan punya motorsikal disaman, tetapi mereka tidak mempedulikan aduan saya. Akibatnya saya terpaksa hubungi Sabahkini.net,” ujar Amat lagi yang berpuas hati apabila aduannya diterima Sabahkini.net.

Amat kecewa dengan sikap Unit Penguatkuasa MPS yang kurang peka dan langsung tidak prihatin terhadap masalah letak kereta di bandar ini kerana membiarkan motorsikal atau kenderaan diletakkan seara tidak teratur; termasuk menggunakan lebih daripada satu petak sehingga pemandu lain gagal menggunakan tempat letak kereta yang disediakan.

“Lori yang tidak boleh masuk ke bandar pun mereka biarkan sahaja seolah-olah mereka menerima komisyen,” ujar Amat yang turut mengeluh kerana MPS turut membenarkan kedai menyalahgunakan tempat letak kereta sebagai ‘reserve’ dengan meletakkan penghadang termasuk bangku atau kayu.

6 comments:

  1. We met people like this once in a while. People who does not park properly in the given space until it caused inconvenience to other drivers. The police should come and give summons to these irresponsible drivers.

    ReplyDelete
  2. keadaan ini bukan hanya terjadi di Sandakan malah di tempat2 lain juga. diharap mereka yang melanggar undang-undang dikenakan tindakan yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  3. peguatkuasaan undang2 harus diketatkan. jika kita patuh pada undang2, masalah seperti ini takkan timbul.

    ReplyDelete
  4. kenderaan yang diletakkan sembarangan tanpa mengikut peraturan perlulah disaman.

    ReplyDelete
  5. Ini bukan salah MPS tapi salah pembonceng motorsikal itu sendiri. Bukan saja di Sandakan tapi di mana-mana kawasan pun pengguna motor meletak sesuka hati. Lot parking kereta besar tapi motor parking ditengah-tengah. Jadi inilah sikap penguna motor sebenarnya.

    ReplyDelete
  6. setuju dengan Batresiah.. siapa2 juga akan ambil kesempatan tanpa memikirkan kesusahan orang lain. yang penting kemahuan sendiri tercapai. begitu la sikap segelintir pengguna jalan raya di negara ini.

    kalau ketika ini kita boleh membuat aduan terhadap pengguna jalanraya yang mambuang sampah keluar dari kenderaan mereka, mungkin selepas ini aduan seperti itu boleh dibuat terhadap pemilik kenderaan yang meletakkan kenderaan mereka ditempat yang salah.

    ReplyDelete