Sunday 17 July 2011

NATIONWIDE EXPRESS @ NATIONWIDE PEMALAS



Saudara Pengarang,

SAYA tidak tahu sama ada sistem penghantaran Nationwide Express tidak cekap atau Kuala Lumpur sudah berada jauh daripada Sabah kerana parcel yang saya kirim melalui Cawangan Lahad Datu Bil 40962174-000000 pada 22 Jun 2011 hanya diterima anak saya pada 12 Julai 2011.

Sehubungan itu, mohon penjelasan daripada Nationwide Express Kuala Lumpur untuk menyatakan ‘Madah Berhelah’ mereka kerana saya tidak dapat menerima penjelasan bahawa kononnya parcel berkenaan telah dihantar ke Johor Bahru sedangkan alamat yang tertera di consignment note berkenaan ialah Kuala Lumpur.

Kiriman pertama mereka tidak hantar ke rumah anak saya dan menyuruh anak saya ke pejabat mereka di Jalan Ampang, mungkin kerana mereka terlalu PEMALAS. Tetapi kiriman kedua (nombor di atas) tidak sampai-sampai sehingga memaksa saya membeli dan mengirim barang yang dipesan anak saya sekali lagi.

Jika Nationwide tidak lagi cekap dan malas beroperasi, lebih baik tutup sahaja Cawangan Lahad Datu kerana menyusahkan pengguna yang terpaksa menghabiskan wang telefon menelefon ibu pejabat mereka di Kuala Lumpur kerana cawangan Lahad Datu enggan membantu mengesan parcel berkenaan sehingga saya terpaksa mengirim lagi parcel kedua melalui Pos Laju.

Sekalipun tidak juga laju, tetapi terus dihantar ke rumah anak saya dua hari selepas dikirim. Bagaimana jika saya mengirim dokumen penting seperti Pasport atau Sijil Lahir? Mungkinkah sampai ke China atau India dahulu sebelum diterima anak saya?

Salam Hormat,

NAFSIAH DANIEL

No comments:

Post a Comment