Saudara Pengarang,
WALAUPUN kampung Kenangan 3 di Jalan Segama Lama, Lahad Datu lebih tua daripada usia kemerdekaan negara kita, tetapi belum ada setitik air paip masuk ke kampung kami.
Akibatnya kami terpaksa membeli air daripada kontraktor pembekal air (sumber daripada pili bomba di hadapan SRJK Siew Ching) dengan harga RM160 yang hanya sekadar cukup untuk kegunaan empat hari atau seminggu.
Tidak tahu apa sebabnya sehingga Wakil Rakyat sejak zaman berzaman menganaktirikan kampung kami dan seolah-olah menganggap kami penduduk bunia yang tidak kelihatan dengan mata kasar; walhal mereka boleh nampak dengan jelas lori tangi mengepam air ke rumah kami.
Apakah kekontangan kampung kami ini dijadikan modal politik untuk terus berjanji dan berjanji selama lebih 50 tahun sedangkan kampung lain nun jauh di Segama sudah memiliki bekalan air bersih?
Apakah kami harus menunggu 50 tahun lagi untuk mendapat bekalan air, seolah-olah NKRA yang diwar-warkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah adalah ‘mimpi indah’ yang mendatangi kami setiap malam; sekadar lunak di telinga tetapi pahit di hati?
Cukuplah segala janji palsu Adun Lahad Datu dan Ahli Parlimen Silam yang datang berkempen di kampung kami, baik ketika pilihanraya atau persidangan UMNO, kerana tidak ada gunanya kami membazirkan undi sedangkan mereka tidak memerlukan undi kami kerana lebih mengutamakan PATI daripada Anak Negeri.
Salam Hormat,
AZLANSHAH BIN SARONI
Wakil Penduduk Kampung Kenangan 3, Lahad Datu
Can we get the names of those people's representatives of that area?
ReplyDeleteThe people chose these representatives, if they could not contribute to the people. Then the people can easily bring them down.
ReplyDeletepekera ini memerluan perhatian. keperluan asas penduduk perlulah dipenuhi.
ReplyDeleteapa yang dilakukan oleh wakil rakyat selama ni?
ReplyDeletekalau betul perkara di atas, maka wajarlah Adun Lahad Datu dan Ahli Parlimen Silam buat sesuatu sebelum 'dijatuhkan' oleh penduduk tempatan Kenangan 3 di Jalan Segama Lama, Lahad Datu..
ReplyDeletekampung tersebut hingga kini belum mendapat bekalan air paip, wakil rakyat kawasan tersebut harus menjalankan tanggungjawabnya terhdap rakyat.
ReplyDeleteKenapa kampung ini dianaktirikan? Mungkin perlu penjelasan kenapa perkara ini berlaku?
ReplyDeletelain kali kalau ada Adun dan ahli Parlimen datang, biarkan ja dia berkempen sendiri.. atau suruh dia sediakan bekalan air dulu baru boleh berkempen..
ReplyDeletetak habis-habis masalah kekurangan air.
ReplyDelete