Tuesday, 19 July 2011

BN GAGAL BANGUNKAN PEDALAMAN



Oleh : MEDIA DAP PEDALAMAN

RAKYAT di kawasan Tenom harus menilai kegagalan kerajaan BN dan melihat dari segi pembangunan infrastruktur asas di luar bandar, khususnya di kawasan DUN Melalap

Ketua Perhubungan Sabah DAP pedalaman merangkap Pengerusi Biro Pembangunan Luar Bandar Sabah, Dr Benjamin Yapp, mendakwa tiada Pembangunan infrastruktur asas di kawasan Melalap, Tenom melainkan satu bangunan usang yang dibina sejak zaman British!

“Tiada langsung kemudahan seperti klinik, perpustakaan, balai bomba, pejabat pos, kiosk ATM dan ameniti lain untuk penduduk-penduduk di pekan Melalap. Jalanraya sangat kotor dan kesihatan boleh terjejas kerana jalanraya di penuh dengan tahi lembu,” ujar Dr Benjamin lagi.

Menurut Dr Benjamin, ramai pelancong dari luar negara yang datang melawat ke Tenom telah membuat aduan kepada DAP tentang mutu kesihatan dan kekotoran di sepanjang jalanraya pekan Melalap; sehingga membawa imej buruk kepada Sabah.

“Tidak ada langsung kemajuan di Melalap yang dilakukan oleh kerajaan BN dan penduduk Melalap mudah ditipu oleh orang yang suka bercakap bohong tentang kemajuan di kawasan Melalap,” kata Dr Benjamin yang menyifatkan Kerajaan BN begitu kejam kerana menafikan hak penduduk kampung untuk mendapat bekalan elektrik dan air paip.

Sehingga kini, kata Dr Benjamin, Pekan Melalap masih menggunakan air graviti yang kotor dan tidak sihat untuk diminium oleh penduduk-penduduk kampung. Manakala jalanraya di kawasan kampung juga belum diturap dan penduduk Miskin Tegar tidak mendapat bantuan perumahan (PPRT).

Ramai penduduk di Kemabong membuat aduan kepada DAP tentang tanah komuniti kaum Murut di Kemabong, Tenom seluas 15,000 ekar yang bakal dikeluarkan Geran Komunal, tetapi mereka mempunyai pengetahuan Sifar berhubung isu berkenaan.

“Rakyat merasa curiga kerana tidak mengetahui fungsi geran dan faktor warisan seperti yang dilindungi dalam geran NT,” kata Dr Benjamin yang melihat kegagalan kerajaan memberikan penjelasan memudahkan DAP melebarkan pengaruh politik mereka.

Persoalannya kata Dr Benjamin, rakyat ingin tahu ke mana dibelanjakan peruntukan pembangunan bernilai billion ringgit di Tenom sedangkan infrastruktur terlalu mundur sehingga rakyat tidak pernah menghargai Kemerdekaan yang dicapai hampir 48 tahun lalu.

Sehubungan itu, DAP menggesa agar Ahli Parlimen Tenom, ADUN Melalap dan ADUN Kemabong dapat mengambil tindakan segera mengatasi masalah infrastruktur luas bandar yang begitu mendera rakyat sedangkan mereka tidak pernah mengabaikan tanggung jawab mereka setiap kali pilihanraya umum.

6 comments:

  1. Please don't sideline the rural folks from developments.

    ReplyDelete
  2. kawasan pedalaman harus dibangunkan.

    ReplyDelete
  3. DAP pun boleh usahakan untuk membangunkan kawasan pedalaman jika BN gagal untuk bangunkannya.

    ReplyDelete
  4. bukan mudah untuk melaksanakan sesuatu dengan sekelip mata. ianya memerlukan masa. harap usaha untuk membangunkan kawasan pedalaman akan sentiasa dilakukan.

    ReplyDelete
  5. Itu sudah pasti, biarlah penduduk sendiri menilai. Jika PR pun menjadi pemimpin sudah pasti perkara ini berlaku. Janji senang diberikan tapi menunaikan itu yang agak susah.

    ReplyDelete
  6. cuba DAP jumpa dan bertanya terus dengan wakil rakyat di kawasan itu.. minta dia jelaskan kenapa kekurangan2 itu masih wujud di pekan Tenom..

    ReplyDelete