Sunday 17 July 2011

SAMPAI BILA RAKYAT GUNA JALAN KERBAU?



Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

WALAUPUN dengan peruntukan sebesar RM18 Billion bagi NKRA memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman yang dipertanggung jawabkan kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, namun ketirisan, keborosan dan rasuah akan menyebabkan NKRA berkenaan menemui kegagalan.

Timbalan Ketua Penerangan Pemuda AMK PKR Sabah, Citra Masadi, dalam sidang medianya berkata sikap Shafie yang tidak telus dan mengutamakan kroni menyebabkan banyak projek tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya mengikut masa yang ditetapkan kerana berlaku ‘Top-Up’ dan perlantikan Sub-Kontraktor berbilang tingkat ‘komisyen’ yang diberi kepada Kontraktor utama melambung tinggi.

Sejak perlaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), kata Citra, beliau tidak nampak KKLW serius membangunkan prasarana di luar bandar dan pedalaman Sabah kerana 90 peratus jalan luar Bandar masih setaraf Jalan Kerbau atau Lorong Babi Hutan.

Penambahbaikan kemudahan infrastuktur asas untuk rakyat seperti jalan perhubungan, bekalan air luar bandar, bekalan elektrik luar bandar dan program bantuan rumah, kata Citra lebih kepada Projek Gajah Putih kerana hanya membuat projek tetapi tidak dapat digunakan kerana tidak dibuat secara kolektif bersama agensi lain.

“Buat apa bina tiang Grid Elektrik Luar Bandar jika bekalan elektrik di Sabah tidak mencukupi atau membina Projek Bekalan Air Luar Bandar di kawasan yang mempunyai lebihan air atau menaiktaraf jalan di jalan yang tidak mempunyai sistem perparitan,” ujar Citra yang menegur KKLW kerana menterinya jarang turun padang dan meluluskan projek kepada kroni.

Hasrat Shafie untuk membekalkan tenaga elektrik 24 jam kepada lebih 140,000 rumah, di bawah NKRA; membina lebih 7,000 kilometer jalan baru dan dinaik taraf; menyediakan 50,000 rumah baru dan dibaikpulih untuk golongan miskin dan miskin tegar; serta lebih 30,000 rumah akan menerima air bersih atau yang dirawat; kata Citra adalah angan-angan ‘Mat Jenin’ selagi Shafie menerajui KKLW.

Menurut Citra, sejak merdeka, lebih 8 buah kampung dan kini 11 buah kilang kelapa sawit di kawasan Jeroco Lahad Datu tidak pernah menikmati jalan berturap yang boleh dilalui setiap masa kerana projek menaiktaraf Jalan Jeroco hanya secara ala kadar.

“Bayangkanlah setiap kali rakyat masuk dan keluar ke bandar terpaksa menggadai nyawa sedangkan Menteri KKLW yang berbangga dengan NKRA boleh tidur lena sekalipun lebih 12 orang sudah meninggal dunia kerana kemalangan akibat kerosakan jalan berkenaan,” ujar Citra yang memaklumkan tidak termasuk kematian pekerja asing yang didiamkan oleh pihak ladang.

7 comments:

  1. Tak paya lagi undi ini Sapie..

    ReplyDelete
  2. Shafie Apdal should explain about lack of development in that area.

    ReplyDelete
  3. benarkah dakwaan terhadap Shafie ni? harap kontraktor yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan sesuatu projek ini dapat menyiapkannya dengan sempurna dan menepati masa.

    ReplyDelete
  4. bangunkanlah jalan2 yang teruk ni.

    ReplyDelete
  5. harap jalan yang yang berkeadaan teruk akan diperbaiki demi keselesaan penduduk.

    ReplyDelete
  6. KKLW perlulah memberikan perhatian kepada jalan dikawasan pendalaman. Jangan biarkan rakyat terseksa dan menderita dengan mengunkan jalan yang sangat teruk.

    ReplyDelete
  7. sebarang isu berkaitan dengan KKLW biasanya akan ada wakil dari kementerian berkenaan tampil membuat penjelasan.. kalau tidak ada, baik Shafie berundur dan serahkan porfolio beliau kepada orang lain.

    ReplyDelete