Tuesday, 19 July 2011

MUAFAKAT JANA KECEMERLANGAN PENDIDIKAN



Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

SEMUA pihak perlu mencari kaedah terbaik untuk meningkatkan kesedaran ke arah mencapai pemuafakatan bagi menjana kecemerlangan pelajar dalam bidang pendidikan.

Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar berkata, ibu bapa, sekolah, Persatuan Ibu Bapa badan badan Ngo dan Politik mampu menggerakkan usaha itu.

Menurut beliau, peranan guru dan sekolah sebagai tunjang utama dalam memperkasa dan memajukan bidang pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi; bagaimanapun untuk memperkukuhkannya, perlu mendapat sokongan semua pihak.

Sehubungan dengan itu katanya, Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom komited dan serius dalam usahanya membantu menjana kecermelangan pendidikan; khususnya di daerah Tenom bagi mempastikan tahap kecermalangan pendidikan pelajar di daerah tersebut sentiasa berkembang maju ke hadapan

Menurut Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom, bagi meletakkan hasrat murni tersebut mencapai sasarannya, Pergerakan Pemuda Umno Tenom telah dan akan melaksanakan program Jelajah Seminar Ibubapa dan Motivasi Pelajar di beberapa buah sekolah di kawasan tersebut sebagai usaha membantu memperkasakan kecermalangan pendidikan khususnya di kawasan Pedalaman

“Hanya menerusi usaha pemuafakatan, kejayaan dalam bidang pendidikan yang menjadi harapan semua pihak akan mendapat manfaatnya dan menjadi lebih baik lagi,” katanya ketika ditemui selepas mengakhiri majlis perasmian jelajah Seminar Ibubapa dan Motivasi Pelajar bersama SMK Kemabong di Perkasa Hotel Tenom petang kemarin

Jelajah Seminar tersebut melibatkan beberapa buah sekolah antaranya SK Chinta Mata, SK Tiningkang, SMK Kemabong dan SM Chung Hwa Tenom.

Tambah Jamawi, Pergerakan Pemuda Umno bahagian itu akan beterusan melaksanakan program tersebut, di samping memberi penghargaan serta pengiktirafan kepada pelajar cemerlang melalui anugerah dan bantuan yang disalurkan oleh Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom.

“Bagi pelajar yang kurang cemerlang dan berkemampuan, kita (pemuda) tidak akan meminggirkan mereka. Selain seminar motivasi ini pemuda juga turut memberikan bantuan sewajarnya kepada pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan,” tambah Jamawi.

Tambahnya, menerusi pendekatan ceramah, kem kesedaran, serta anugerah yang diberikan diharap dapat memberikan kesedaran dan pendorong semangat bukan sahaja kepada pelajar malah kepada ibu bapa.

6 comments:

  1. Hope that all students will be given attention when they need help in their studies. Those who are poor in their studies should not be sidelined.

    ReplyDelete
  2. diharap program tersebut dapat memperkasakan kecemerlangan pendidikan khususnya di kawasan pedalaman. guru2 dan sekolah perlu mendapat sokongan ibubapa dan pihak2 yang lain.

    ReplyDelete
  3. program2 untuk meningkatkan pendidikan perlu giat dilaksanakan.

    ReplyDelete
  4. semoga apa yang dirancang akan memberikan hasil yang positif..

    ReplyDelete
  5. Berikan tumpuan keatas pendidikkan kepada para pelajar.

    ReplyDelete
  6. jangan lupa memberi segala kemudahan yang diperlukan oleh pelajar dan guru2. kerajaan juga perlu sedara bahawa setiap kekurangan yang wujud dalam sesebuah sekolah boleh menjejaskan reputasi dan prestasi pelajar.

    ReplyDelete