PRIHATIN….. Pemuda SAPP membantu penduduk bergotong royong menarik keluar sampah sarap dan kayu kayan di salah satu daripada pembetung yang tersumbat.
Oleh: MEDIA SAPP
PENDUDUK Kg Kanar dalam daerah Tenom merasa kecewa dengan sikap dingin pihak tertentu khususnya, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di situ yang tidak prihatin terhadap beberapa masalah pembangunan dan terus menghilangkan diri.; terutamanya selepas perkampungan itu dilanda bencana alam banjir kilat baru-baru ini.
Sebagai wakil kerajaan yang bertanggung jawab mengurus masalah rakyat dari segi pembangunan atau bencana alam di peringkat kampung, Pengerusi JKKK seharusnya bertindak lebih proaktif berhubung masalah tersebut, tetapi sebaliknya terus mengabaikan tanggung jawab tersebut dan membiarkan rakyat merintih tanpa bantuan.
Sepanjang 2011, sudah dua kali Kg Kanar mengalami banjir kilat disebabkan masalah pembetung tersumbat, selain masalah sungai kotor sebagai punca air banjir cepat melimpah keluar dari sungai setiap kali banjir berlaku.
“Kami diperlakukan seperti bola, disepak ke sana dan ke sini apabila kami mengadu masalah tersebut. Pengerusi JKKK pula menghilang diri entah ke mana perginya,” kata Jamikir Ibrahim, 60, seorang pesara kerajaan yang kesal dengan perilaku pihak tertentu ketika ditemui baru-baru ini.
“Kami sudah bosan dengan kelibat mereka yang berdolak dalik,” katanya lagi yang kemudiannya mengambil keputusan mengadakan gotong-royong untuk menjalankan pembersihan sungai yang dicemari sampah sarap serta kayu-kayu buruk yang dihanyutkan banjir kilat baru-baru ini.
Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Melalap yang diketuai Rudy Sulaiman Mairi tidak ketinggalan turut membantu penduduk di situ menjalankan gotong-royong tersebut. Turut serta dalam gotong-royong tersebut, Ketua CLC Melalap, Jimmy Jawatah.
Sebuah kenderaan pacuan empat roda telah digunakan untuk menarik batang-batang kayu sebesar pemeluk ke tepian sungai menggunakan ‘winch’.
The JKKK should understand their role and responsibility to society.
ReplyDeletebaguslah penduduk ni masih bertanggungjawab dan berkesedaran membersihkan sungai tersebut walaupun JKKK tidak berfungsi.
ReplyDeletelaporkan JKKK yang lalai kepada pihak berwajib.
ReplyDeleteJKKK yang lupa tanggungjawab mereka kepada penduduk kampung dan hanya tahu makan duit rakyat saja harus disingkirkan..
ReplyDeleteBagus la bah tu.. Gotong royong tu kan amalan mulia :)
ReplyDeleteHarap tindakan tegas dikenakan kepada JKK yg dimaksudkan.
ReplyDeletelebih baik penduduk bergotong royong membersihkan kawasan mereka. budaya ini yang harus kita contohi.
ReplyDeletepihak yang bertanggungjawab harus lebih peka terhadap tugas mereka.
ReplyDeleteTenom tempat tumpuan SAPP sekarang. Mungkin SAPP cuba untuk menjadikan Tenom kubu kuat mereka. Tambahan lagi kawasan ini adalah kawasan pendalaman.
ReplyDeletekalau di kampung kami, masalah macam ini tidak perlu parti politik masuk campur.. setiap bulan orang kampung sendiri akan buat aktiviti gotong royong.
ReplyDelete