SELAMAT DATANG.....Rosnah disambut oleh dif-dif kehormat semasa ketibaannya
Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto OLEH SIDEK KOLO
PROGRAM Transformasi Pembangunan Belia boleh dan mampu dicapai secara total seandainya kita semua memberikan sokongan dan komitmen yang menyeluruh, selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak.
Dalam merealisasikan Malaysia sebagai Negara maju menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia perlu fokus kepada empat tonggak teras utama program transformasi 1Malaysia yang tidak mengecualikan penglibatan golongan belia bagi menjayakannya.
Demikian dijelaskan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Rosnah Hj Abdul Rashid Shirlin ketika berucap di Majlis Ramah Mesra dan Makan Malam Bersama Belia dan Beliawanis Parlimen P.175 Papar di Dewan Masyarakat Papar di sini kelmarin.
Rosnah yang juga Ahli Parlimen Kawasan Papar selanjutnya berkata, program-program transformasi pembangunan belia sentiasa dirombak dan diselaraskan mengikut peredaran masa, bukan sahaja mahu melaksanakan program-program yang bertepatan dengan citarasa belia, bahkan perlu terlibat secara total dalam membentuk belia yang lebih berdaya maju, lebih produktif dan lebih berdaya saing.
Rosnah seterusnya menyeru para belia memberikan sokongan padu kepada pertadbiran di bawah kempimpinan Perdana Menteri sebagai pelaku aktif dalam proses membawa pembaharuan dalam perubahan ke arah mencipta Malaysia yang kita impikan.
JOHAN....Rosnah menyampaikan hadiah berupa Hamper kepada Johan Bintang Karaoke.
“Saya menaruh keyakinan penuh sebagai golongan muda, tentunya mempunyai idea untuk dikongsi bersama dalam menjana pembangunan Negara,” tambahnya.
Rosnah menjelaskan, kepimpinan kerajaan sekarang meletakkan kaum belia di tempat terpenting melalui dasar dan pendekatan pucuk pimpinan negara yang bukan sahaja berminda terbuka, tetapi ‘Youth Friendly’ dengan mengisytihar beberapa cadangan pertubuhan belia sebagai ‘Youth Park’.
Majlis Makan Malam tersebut yang bemula dari jam 8.30 malam berakhir pada jam 12. tengah malam itu sebagai inti pati pengisian program tersebut turut dipenuhi beberapa acara menarik seperti pertandingan Karaoke, tarian tradisional dan sebagainya.
Hope that those transformation programs can really bring developments and improvements to the people and state.
ReplyDeletediharap program2 untuk golongan belia sentiasa dilaksanakan dan mereka juga tidak dipinggirkan dalam proses pembangunan negara.
ReplyDeleteSemasa menjelang P/raya, drama2 selalu dilakonkan...
ReplyDeleteprogram2 untuk golongan belia harus sentiasa diadakan.
ReplyDeleteprogram-program pembanguan belia perlu diteruskan agar memberikan kesan yang positif untuk jangka masa panjang.
ReplyDeleteSemoga para belia tidak dibiarkan begitu saja. Berikan program yang bermanfaat kepada mereka supaya mereka dapat mengisi masa mereka dengan benda yang berfaedah.
ReplyDeletekerajaan mengutamakan belia untuk kepentingan masa depan negara, pembangkang mengutamakan belia untuk kepentingan politik.
ReplyDelete