MATI.....Salah seorang militan yang berjaya ditembak mati di Semporna, manakala kawalan ketat di Semporna bagi memburu saki baki kumpulan militan yang menyerang hendap pasukan polis semalam.
Oleh : MUTALIB M.D
KEMELUT tuntutan 'Sultan
Sulu' semakin meruncing ekoran tindakan serangan terbaru di Semporna malam
semalam yang melibatkan lima orang anggota polis terbunuh, seorang inspektor
wanita ditawan dalam rumah.
Ketua Polis Negara
mengesahkan bahawa lima pegawai polis terbunuh dan dua cedera akibat serangan
hendap puak militan walaupun dipercayai bukan kumpulan yang sama.
Bagaimanapun, Pasukan Perisik Sabahkini.net
di Semporna mendapat maklumat bahawa puak militan yang mengaku sebagai Tentera
Sultan Sulu berada di tiga lokasi yang berbeza di Semporna.
Sehingga ke saat ini PDRM
belum mengesahkan berita mengenai nasib Inspektor Azra yang kononnya berjaya
ditawan kumpulan militan semalam.
Dalam pada itu tiga orang
militan berjaya ditahan di Simpang Jalan Haji Jalan di Kampung Tanjung Labian, Lahad Datu;
manakala lima lagi dapat meloloskan diri dari kepungan ketat polis berdekatan
Tg Labian apabila pasukan keselamatan berjaya mengesan mereka setelah operasi
memburu saki baki militan @ tentera Mat Bom dilancarkan.
Menurut penduduk kampung,
akibatnya mereka berada dalam kebuluruan kerana terputus bekalan makanan dan
setakat ini belum ada sebarang bantuan yang diberikan kepada penduduk di 13
kampung tradisi berkenaan yang terperangkap dan mengalami risiko ditawan puak
Militan.
Siasatan Pasukan Perisik
Sabahkini.net mendapati bahawa bukan sahaja Suluk, malah Bajau Sibutu, Bajau
Simunul dan Iyakan juga turut menjadi 'Tentera Berani Mati' Sultan Sulu yang membentuk
sembilan kumpulan.
Setakat ini hanya dua
kumpulan sahaja yang memunculkan diri di Kampung Tanduo, Tungku dan Sri Jaya,
Simunul, Semporna; manakala enam lagi dipercayai akan menyusul pada bila-bila
masa.
Kumpulan militan yang
dianggarkan seramai 2,000 orang telah berada di Sabah sejak lima bulan lalu;
kebanyakannya adalah warga Penyu yang memiliki IC Projek merancang untuk
menyerang dan menawan Tanduo, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan yang
sebelum ini adalah Wilayah Sultan Sulu.
Menurut maklumat tidak rasmi
Militan Filipina, seramai 2,000 lagi sedang memasuki Sabah melalui Jolo bagi
menjalankan Operasi 'Magsabil' (Jihad dan Shahid) untuk menawan Sabah yang
sebelum ini didakwa sebagai Tanah Jajahan Sultan Sulu.
Dalam kejadian semalam, satu
keluarga yang menjadi Tebusan di Semporna telah dapat diselamatkan oleh Pasukan
Keselamatan namun agak malang kerana dua anggota keselamatan terkorban dalam kejadian
serang hendap; manakala dua penjenayah berjaya ditembak mati.
Bagaimanapun tiga anggota
polis yang terkepung dalam sebuah rumah lain tidak dapat menyelamatkan diri dan
tewas di tangan militan menjadikan kesemuanya 5 orang polis terkorban setakat
ini.
PDRM juga masih membisu
berhubung laporan penculikan Inspektor Azra, sekalipun keluarganya tidak
menafikan kemungkinan beliau diculik adalah positif kerana tidak dapat mengesan
beliau sejak semalam.
Pasukan Perisik
Sabahkini.net turut menerima maklumat bahawa Kunak Kudat, Lahad Datu dan Sandakan
akan diserang pada bila-bila masa dan pihak berkuasa telah mengambil
berjaga-jaga sejak malam tadi.
Sebentar tadi, (2.45 petang) sekumpulan
militan dilaporkan telah mendarat di Kampung Desa Bajau dan pasukan keselamatan
sedang bergegas ke lokasi yang dilaporkan penduduk kampung untuk mencegah sebarang
kemungkinan; bagi mengelak nasib malang yang menimpa penduduk Simunul semalam berulang.
Nampaknya Sabah akan
menghadapi Gelombang Tsunami Reverse Take Over yang mengejutkan jika pihak
berkuasa masih 'berhidung tinggi' dan enggan mendapatkan kerjasama penduduk
kampung mengesan anggota Militan yang tinggal di kampung berkenaan; sebagaimana
kejayaan pasukan keselamatan menahan salah seorang yang disyaki anggota
kumpulan militan di Semporna, Haji Tampakan Pehakan.
Setakat ini PDRM belum
mengesahkan tangkapan berkenaan sekalipun Pasukan Keselamatan di Tanduo dan
sekitarnya masih menunggu arahan 'Tembak' daripada Menteri Dalam Negeri dan
Ketua Polis Negara setelah berjaya mengesan saki baki militan berkenaan.
Persoalan yang bermain
dibenak anggota keselamatan ialah bagaimana mereka dapat mengenalpasti kumpulan
militan kerana wajah, bahasa dan budaya mereka hampir sama dengan penduduk
kampung; terutama yang mendapat IC Projek; umpama musuh dalam selimut yang
menghalakan peluru kepada kita dan menjadi 'Si Kitul' membenarkan militan masuk
demi cita-cita 'kosong' Sultan yang kehilangan negara; Sultan Pasir Berdengung!
No comments:
Post a Comment