Saudara
Pengarang,
PERDANA
Menteri Malaysia Najib Razak; Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin;
Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussien dan Bekas Ketua Setiausaha Negara,
Sidek Hassan bertanggung jawab sepenuhnya kerana Pengganas Sulu yang
menjenamakan diri mereka sebagai 'Tentera Sulu' berjaya dengan mudahnya masuk
ke Lahad Datu tanpa sebarang sekatan.
Tuntutan
kerajaan Sultan Sulu ke atas Sabah bukan perkara baru dan telah wjud begitu
lama sebelum ini; tetapi tidak berlaku sehinggalah kemasukan Pengganas Sulu
dengan begitu mudah.
Setelah
sekian lama PDRM diamanahkan untuk menjalankan tugas menjaga keamanan dan keselamatan
Perairan Negara termasuk Perairan Sabah sejak sebelum merdeka lagi.
Pada
tahun 2011, Ketua Setiausaha Negara, Sidek Hassan pada masa itu telah memainkan
peranan menipu Perdana Menteri dengan mengatakan Agensi Penguatkuasa Maritim
Malaysia (APMM) yang baru ditubuhkan mampu dan berupaya mengambil alih tugas
mengawal keselamatan perairan Negara.
Pada
hal, pada masa itu APMM yang digelar sebagai 'Anak Perdana Menteri Malaysia' memang
tidak mampu kerana masalah dalaman atau 'Lelaki Mati Pucuk'.
Pada
tahun 2011, Perdana Menteri Najib Razak telah mengarahkan Ketua Polis Negara
Ismail Omar supaya PDRM menyerahkan semua tugas mengawal perairan Negara kepada
APMM.
Dengan
itu, Polis Marin yang menjadi pasukan utama PDRM dalam menjalankan tugas tidak
lagi mengawal keselamatan perairan Negara sejak awal tahun 2011. Tugas berkenaan
diserahkan sepenuhnya kepada APMM.
Sebanyak
71 unit kapal dan bot ronda PDRM; manakala seramai 1,200 anggota Polis Marin dan
juga 8 pengkalan marin di seluruh negara difaraidkan kepada APMM.
Dengan
itu PDRM 'lumpuh anggota' dan tidak mempunyai keupayaan lagi untuk menjalankan
tugas mengawal perairan dan persisiran negara.
APMM
diwujudkan oleh Perdana Menteri Malaysia dan diletakkan di bawah Jabatan
Perdana Menteri; di bawah jagaan
Timbalan Perdana Menteri. Ratusan juta ringgit peruntukan kewangan disediakan
untuk kegunaan APMM.
Lebih
kurang RM 130 juta disediakan untuk membaik pulih bot dan kapal antik yang yang
diambil dari PDRM, TLDM, Kastam dan juga Jabatan Perikanan.
Lebih
memalukan, Ibu pejabat APMM di IOI Putrajaya disewa dengan kos lebih kurang RM
800,000 sebulan.
Sebuah
syarikat dilantik untuk menjadi konsultan kepada APMM bagi kerja-kerja pembaikan
bot dan kapal antik dengan bayaran RM 1 juta sebulan.
Setiap
kerja pembaikan yang dijalankan syarikat itu mengenakan caj tambahan sebanyak
antara 10 hingga 15 percent bagi setiao kerja yang di buat.
Pejabat
pejabat dan pangkalan APMM di merata tempat di seluruh Negara disewa dengan kos
antara RM 40,000 hingga RM250,000 sebulan
Banyak
lagi perbelanjaan yang di gunakan oleh APMM tetapi amat malang bagi Negara
Malaysia, APMM hanya pandai berlakon sahaja.
Bot-bot
APMM tidak menjalankan rondaan dan operasi di laut perairan Negara. Mereka
hanya main wayang sahaja. Bot-bot APMM hanya melalui kawasan operasi, selepas
itu terus masuk ke pelabuhan dan rehat di pelabuhan.
Pada
keesokan harinya apabila hari siang, barulah mereka melalui semula kawasan
operasi. Mereka tidak berada di kawasan operasi. Kalau tidak percaya, pergilah
sendiri kepada nelayan atau pengguna laluan laut. Itulah sebabnya Pengganas Sulu
berjaya masuk dengan senang dan mudah tanpa sebarang rintangan.
Semasa
Polis Marin menjaga perairan dahulu, Polis Marin memang sentiasa berada di laut
kecuali jika bot atau kapal rosak untuk dibaiki, barulah mereka meninggalkan
kawasan operasi.
Pada
masa ini, di kawasan operasi di Lahad Datu, bot APMM memang tidak kelihatan. Bot
mereka akan hanya kelihatan berada di kawasan itu jika ada menteri atau orang
atasan hendak melawat kawasan itu.
Bot
APMM akan menunjukkan diri sebentar, selepas itu akan hilang menyorok tidak tahu
di mana. Ini yang sedang berlaku tetapi tidak diketahui oleh PM dan TPM.
Ketua
Pengarah APMM pula dengan lantang menyatakan APMM tidak dapat melaksanakan
tugas disebabkan kapal kapal dan bot telah lama dan uzur.
Alasan
itu tidak dapat diterima sama sekali kerana semasa kapal dan bot itu diambil
alih, kerajaan telah menyediakan wang sebanyak lebih kurang RM 130 juta untuk
pembaikan.
Sehubungan
itu saya mencabar kerajaan BN kembalikan semula bot yang diambil alih dengan
anggota yang diambil kepada PDRM. Saya yakin dan pasti PDRM mampu melaksanakan
tugas mengawal perairan negara. PDRM telah terbukti kemampuannya dan mempunyai
sejarah pencapaian luar biasa selama ini walaupun hanya diberikan bot yang
antik dan usang.
Salam
Hormat,
WARGA
PERSISIR PANTAI
No comments:
Post a Comment