Sunday, 6 November 2011

APA PERSATUAN LOTUD SUDAH LAKUKAN?



Saudara Pengarang,

SAYA ingin merakamkan terima kasih saya kepada KAN Saniban Amphila, yang juga Setiausaha Persatuan Suang Lotud Sabah (PSLS) atas respon beliau kepada komen-komen saya mengenai masalah yang sedang menimpa masyarakat Lotud.

Saya juga mahu merakamkan penghargaan saya kepada beliau dan Soguli Olid atas usaha mereka mendaftarkan PSLS untuk mengganti Persatuasn Lotud Sabah Berdsatu (USLA) yang telah dibatalkan pendaftarannya, dan membuat sesuatu yang tidak dilakukan oleh Persatuan Dusun Sabah Bersatu (USDA), yang sekarang hanya separuh hidup.

Kita di Tuaran begitu berharap bahawa PSLS akan dapat berbuat sesuatu yang positif untuk masyarakat kita, tetapi sedih sekali ini adalah satu lagi persatuan yang tidak bergerak.

Saniban menyatakan ia masih aktif, tetapi sesebuah persatuan itu aktif bukan kerana ia masih didaftar, tetapi kerana ia benar-benar mempunyai aktiviti!

Kenyataannya kita tidak tahu apa sebenarnya yang sedang dilakukan oleh PSLS. Oleh itu benarkan saya berkongsikan beberapa idea tentang apa yang seharusnya dilakukan oleh persatuan ini demi kepentingan orang Lotud.

Pertama, ia memerlukan wang, maka seharusnya ia sudah menganjur beberapa projek pemngutipan dana seperti makan malam amal, konsert atau kursus-kursus pendek. Para pemimpinnya mempunyai hubungan yang cukup baik dengan kerajaan, maka saya tidak nampak apa sebabnya pengutipan dana itu begitu susah.

Sekali lagi saya katakan, setiap persatuan memerlukan kepimpinan yang baik untuk bergerak. Jika pemimpinnya lemah, ia tidak akan pergi ke mana-mana. Soguli sebagai Presiden, tidak pun memanggil ahli-ahli Jawatankuasa untuk bermesyuarat dan saya benar-benar tidak faham kenapa.

Juga, sepatutnya ada gerakan berterusan untuk menambah keahlian. Ini pun boleh menjadi sumber pendapatan bagi persatuan, tetapi malangnya tidak ada gerakan menambah keahlian yang sedang berjalan. Sekali lagi kita perlu bertanya, kenapakah para pemimpinnya tidur dalam hal ini?

Jika persatuan ini benar-benar berjuang untuk kebudayaan Lotud, kenapa pula tidak dijalankan aktiviti-aktiviti budaya? Kenapa tidak ada perjumpaan untuk mempersembahkan lagu-lagu tradisional dan alat-alat muzik tradisonal untuk ditonton oleh generasi muda?

Para pemimpin PSLS harus tahu bahawa jika ini dapat dikomersilkan dengan menghubungkannya dengan pakej para syarikat pelancongan ia akan menjadi satu lagi sumber pendapatan persatuan.

Tindakan segera harus dilakukan untuk menyelamatkan Pusat Kebudayaan Lotud yang telah lama diabaikan di Kg. Selupoh. Siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab terhadap pusat budaya ini?

Bagaimana pula jika diwujudkan beberapa perniagaan kecil berasaskan budaya di kalangan orang Lotud, umpamanya dalam bidang kraftangan dan jahit-menjahit? Tiadakah sesuatu yang boleh dilakukan untuk mendapat bantuan dari mana-mana kementerian atau jabatan kerajaan untuk memulakan industri desa di kalangan masyarakat Lotud?

Dalam mesyuarat agung PSLS yang lalu, saya difahamkan Datuk Monggoh Orow ada mencadangkan agar PSLS mewujudkan Pesta Kombos tahunan bagi Tuaran. Kenapakan persatuan tidak melakukan apa-apa susulan kepada idea yang cemerlang ini?

Mengenai hak saya untuk bercakap tentang persatuan, saya tidak perlu menjadi seorang ahli untuk menyuarakan apa-apa pun untuk kebaikan masyarakat Lotud. Bagi saya ini lebih baik dari menjadi seorang ahli, atau seorang pemimpin persatuan, sedangkan saya tidak melakukan apa-apa.

Saya bercakap bukan dengan niat untuk menyinggung sesiapa, tetapi untuk membantu para pemimpin persatuan menyedari kesilapan-kesilapan mereka dan dengan harapan agar mereka akan bangkit dan berbuat sesuatu.

Apa yang saya lakukan ialah membuat teguran-teguran membina, bukan untuk mengecam sesiapa. Kita semua harus senang hati kerana sekarang ramai orang Lotud yang bersuara tentang banyak isu mengenai masyarakat mereka sendiri sama ada di dalam surat khabar atau pun melalui akhbar-akhbar Internet dan di Facebook.

Jika kita periksa, kita akan tahu bahawa sudah banyak lama Facebook berasaskan perjuangan Lotud seperti Suang Lotud Sompomogunan, Suang Lotud Club, Suang Lotud Pisompuru Itokou, dan sebagainya.

Kini sudah ditubuhkan Persatuan Komulakan Suang Lotud yang saya percaya sedang menunggu pendaftaran. Melalui media-media ini ramai orang Lotud begitu ghairah bersuara demi kemajuan Lotud. Yang ganjilnya, kenapakah PSLS sendiri begitu berdiam diri sedangkan ia kononnya pejuang utama bagi kaum Lotud?

Tidak hairanlah sekarang ini sudah ada kumpulan yang mahu menganjurkan Dialog Lotud yang pertama untuk membincang permasalahan Lotud. Perkembangan ini menunjukkan bahawa beberapa pemimpin Lotud tidak lagi dapat bersabar dengan PSLS yang dianggap tidak bertenaga, tidak kreatif dan tidak pro-aktif untuk merancang dan bertindak menjalankan banyak perkara yang disebut dalam senarai ohjektif-objektifnya.

Salam Hormat,

EGON E. UBIT

Edisi Bahasa Inggeris

WHAT THE LOTUD ASSOCIATION SHOULD BE DOING?

Dear Editor,

I WOULD like to record my thanks to KAN Saniban Amphila, who is also the Secretary of the Sabah Suang Lotud Association (PSLS), for his response to my comments on Lotud problems.

I also would like to record appreciation for what he and Soguli Olid had done to register the association to replace the old United Sabah Lotud Association (USLA) which was deregistered, and to do what the almost-dead United Sabah Dusun Association (USDA) is not doing. We in Tuaran were all hoping that PSLS could do something positive for our people, but I am sad that it is another association that is not moving.

Saniban said it is still active, but an association is called active not because it is still registered, but because it has got activities! Nobody knows what activities PSLS is doing. So, allow me to share some ideas on what the association should do for the sake of the Lotuds.

First, it needs money, so it should be organizing some fundraising projects (charity dinner, concert, or short courses). The leaders are well-connected to the government, so I see no reason why fundraising is so difficult. Again, every association depends on good leadership to move. If the leadership is weak, it won’t go anywhere. Soguli as the President doesn’t even call the Committee members for meetings, and I don’t understand why.

There should also be a continuing effort to recruit members. This is another source of income for the association, but as it is, there is no membership drive going on. Again, why are the leaders sleeping on this?

And if the association is really fighting for the Lotud culture, how come there is no cultural activities? How come there is no Lotud gathering to present the traditional songs and musical instruments for the benefit of the younger generation?

The leaders should know that if this can be commercialised with connection to the inbound tour operators, it can also be a good income earner for the association. And something urgent also needs to be done about the abandoned and neglected cultural centre in Kg. Selupoh.

Who is responsible for the upkeep for this centre? And what about developing some culture-related business enterprises among the Lotuds, such as in handicrafts? Can’t something be done for the people to get help from the relevant government ministries and departments to start some sort of cottage industries among the Lotuds?

During the last PSLS general meeting in Tamparuli, I am told that Datuk Monggoh Orow proposed the creation of an annual Kombos Festival for Tuaran. How come the association had not done any follow-up on this excellent idea?

As to my right to speak about the association, I don’t have to be a member to voice out anything for the good of the community. To me this is better than being a member, or a leader of PSLS, and yet not doing anything.

I speak not with the intention to offend anyone, but to help the association’s leaders realise their mistakes and hopefully they would wake up and do something. What I am doing is making constructive comments not to condemn anyone.

We should all be happy that many Lotuds are voicing out many issues about their own community in the newspapers and in online channels such as the news portals and in Facebook.

If we check, there quite a lot of Lotud-based Facebooks like, Suang Lotud Sompomogunan, Suang Lotud Club, Suang Lotud Pisompuru Itokou, etc. and now we have Persatuan Komulakan Suang Lotud which I believe is waiting for registration. Through these media a lot of Lotuds are expressing their spirit for Lotud progress.

The strange thing is why is PSLS itself is so quiet although it is supposed to be our main Lotud mover?

No wonder there is already a group which is organising the first Lotud Dialogue to discuss Lotud problems. This development just goes to show that some leaders can no longer be patient with the PSLS which has no energy, not creative or pro-active to plan and act on what it had on its list of objectives.

Best Regards,

EGON E. UBIT

No comments:

Post a Comment