Thursday, 17 November 2011

SABAH HARAP DUNIA FAHAMI EKONOMI HIJAU



PERSIDANGAN Antarabangsa mengenai Pusat Pembangunan dan Ekonomi Hijau Borneo Sabah yang berakhir rabu diharap dapat mewar-warkan kepada dunia inisiatif Sabah untuk membangunkan ekonomi hijau dengan menjalankan perniagaan secara lestari.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata Sabah berusaha keras memastikan alam sekitar dilindungi tanpa dicemari oleh amalan perniagaan yang buruk.

"Kerajaan akan memastikan kerjasama rapat, di kalangan semua agensi relevan diteruskan dalam mencapai ekonomi hijau dalam konteks pembangunan lestari menerusi pengurusan hutan lestari di Sabah," katanya pada majlis penutup persidangan dua hari itu di sini, rabu.

Ucapan beliau dibacakan oleh Tan Sri Joseph Kurup, yang juga Timbalan Menteri Kementerian itu.

Uggah juga berharap pelaksanaan ekonomi hijau akan diberi keutamaan terutamanya semasa menjalankan perniagaan dengan negara-negara lain. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment