Thursday 17 November 2011

KOUTA PEKERJA ASING 7 SEKTOR DIBUKA



KERAJAAN Sabah bersetuju membuka semula kuota pekerja asing melibatkan tujuh subsektor perkhidmatan di negeri ini termasuk pekerja kedai makan (restoran), pembantu kedai runcit, pekerja kedai tayar, pekerja pembersihan dan pencucian, pencuci kenderaan bermotor, pekerja bengkel kenderaan bermotor serta pekerja kedai dobi.

Ini dinyatakan dalam satu kenyataan akhbar Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini pada Rabu.

Berikutan keputusan itu, semua majikan dari subsektor perkhidmatan berkenaan boleh memohon kuota pekerja asing dengan mengemukakan permohonan rasmi kepada Setiausaha Kerajaan Negeri. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment