SEJARAH.....Kurup lari dan dilindungi polis ketika cuba diserang semasa penamaan calon PRU-12. Kurup menang tanpa bertanding. Pada Petisyen Pilihanraya Parlimen Pensiangan, Kurup Tewas. Tetapi menang di Mahkamah Rayuan.
PENSIANGAN : Rakyat Sabah
perlu memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri yang
bersunguh-sungguh dan jujur menangani masalah pendatang tanpa izin, termasuk
menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
Presiden Parti Bersatu
Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup berkata usaha Datuk Seri Najib Tun
Razak itu adalah tindakan berani dan luar biasa dan seharusnya diterima baik
semua pihak di Sabah.
"Ini tindakan berani
seorang perdana menteri untuk membantu rakyat Sabah menyelesaikan masalah
berdekad-dekad yang membelenggu negeri ini," katanya kepada Bernama ketika
ditemui selepas melawat dan menyampaikan sumbangan berupa atap zink di Kampung
Simbuan, Sook dekat sini Jumaat.
Kurup yang juga Timbalan
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata rakyat Sabah harus memilih BN pada
pilihan raya umum akan datang sekali gus membolehkan pemimpin itu menyelesaikan
masalah berkaitan.
"...semua rakyat Sabah
harus sokong BN pada pilihan raya umum akan datang supaya tindakan seterusnya
dapat diambil untuk mengatasi masalah itu. Apa jua pembangkang cakap, rakyat
jangan terpedaya cakap-cakap mereka," katanya yang juga anggota Parlimen
Pensiangan.
Penubuhan RCI dan pelantikan
pengerusi serta anggotanya diumumkan Najib pada 11 Ogos tahun lepas untuk
menyelesaikan sepenuhnya masalah pendatang tanpa izin di Sabah.
RCI memulakan pendengaran
awam pertamanya di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah Isnin lepas dan
berakhir hari ini.
Prosiding seterusnya akan
diadakan pada 28 Jan hingga 1 Feb dan mulai 22 Feb hingga 27 Feb.
Pendengaran prosiding itu
diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong
selain anggota panel terdiri daripada bekas Naib Canselor Universiti Malaysia
Sabah Profesor Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur
Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Kee
Mustafa dan bekas Timbalan Ketua Menteri dan bekas Peguam Besar Sabah Tan Sri
Herman J.Luping. (Bernama)
No comments:
Post a Comment