Oleh:ARSHAD HUSSIN
KOTA KINABALU: Menteri
DiJabatan Ketua Menteri, Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran, meminta umat Islam perlu memperbetulkan persepsi
mengenai fungsi masjid yang sering dianggap hanya tempat bersolat lima waktu, solat
jumaat dan hari raya semata-mata.
Katanya, persepsi seumpama
itu akan menenggelamkan fungsi masjid yang sebenar dan akhirnya masjid akan
dilihat sebagai suatu bangunan pelengkap dan tidak lebih daripada itu.
Ujarnya lagi, seandainya
persepsi itu berterusan berlaku usaha memupuk perpaduan ummah tentu tidak akan
tercapai sepenuhnya.
Nasir berkata demikian
sempena merasmikan majlis Penyampaian Suratcara Perlantikan Ahli Jawatankuasa
sessi 2013/2014 Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.
Hadirsama sempena majlis itu
Penasihat AJK MBKK, Datuk Haji Yusof DSP Hj Mohd Kassim; Imam Besar Masjid
Negeri Sabah, Datuk Hj Mokthar Rapok dan Pengerusi MBKK, Haji Ab Jamal Tun
Sakaran.
Nasir berkata, peranan AJK
Masjid sangatlah signifikan menentukan kelangsungan usaha menjadikan masjid
sebagai pemangkin kepada perpaduan dan pembangunan ummah.
Katanya,amanah yang
diletakkan kepada mereka (AJK Masjid) sangat besar dan perlu digalas dengan
pendekatan yang lebih kreatif, inovatif dan efektif di samping mencapai objektif
yang telah digariskan dan AJK Masjid
perlu berusaha secara berpasukan memastikan masjid tidak terpinggir dalam arus
pembangunan globalisasi.
Nasir yang juga Menteri
bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam Negeri Sabah,menegaskan
beberapa cadaran perlu dihadapi dan langkah menghadapinya wajar diusahakan.
Ujarnya, selaras dengan
kedudukan MBKK ditegah-tengah komuniti Islam maka cabaran utama yang perlu
dilakukan AJK masjid mencari pendekatan lebih berkesan supaya masjid sentiasa
menjadi pilihan masyarakat Islam di sekitarnya sebagai tempat melaksanakan
ibadah solat.
Ajk masjid juga perlu
mencari jalan bagaimana masjid digunakan sebagai pusat ilmu yang sentiasa
menarik minat orang Islam datang ke masjid menimba ilmu.
“Usaha menjadikan masjid
sebagai pusat perkongsian ilmu dan lain-lain urusan berkaitan ekonomi dan
sosial wajar terus diperkasakan sesuai dengan teknologi maklumat yang semkin
kekar,” kata Nasir.
Selain itu, mereka juga
perlu memikirkan cara bagaimana masjid ini mampu memainkan peranan sebagai
pusat yang akan mengembalikan masyarakat Islam hidup bersatupadu tanpa
perpecahan yang kian memuncak pada masa ini kesan perbedaan pandangan politik
yang berbeza.
Nasir menegaskan, apabila
masyarakat Islam kembali melaksanakan ibadah dalam konteks jamaah segala
kekeliruan mampu terungkai.
Sempena majlis itu Dato
Nasir menyampaikan suratcara perlantikan AJK Masjid dan menyaksikan majlis
Ikrar AJK Masjid bagi tempoh 2013-2014.
No comments:
Post a Comment